Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728

Permohonan UTHM Semester 2 Online Sesi 2017/ 2018

$
0
0
Permohonan Kemasukan Ke UTHM Semester 2 Online Sesi 2017/ 2018. Berita baik buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk program Ijazah Sarjana Muda. Dipetik dari FB UTHM, adalah dimaklumkan yang Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2017/2018 kini dibuka sehingga 18 November 2017. 

Selain UTHM, kemasukan second intakeFebruari dan Mac 2018 juga ada ditawarkan di beberapa Universiti Awam (UA) yang lain seperti UIAM, Universiti Malaya UM, UUM, UiTM, UMK dan UPSI.


permohonan uthm ambilan februari 2018

Permohonan Kemasukan UTHM Ambilan Februari 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda UTHM Semester 2 Sesi 2017/2018. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) :-
  • Tarikh Buka : 1 November 2017
  • Tarikh Tutup : 18 November 2017
  • Applikasi Permohonan : Klik UTHM
  • Pemohon perlu mempunyai akaun untuk membuat pemohonan. Sila ikuti langkah-langkah di applikasi permohonan dalam membuat akaun baru

Panduan Membuat Permohonan UTHM


Berikut adalah prosedur permohonan UTHM semester 2 sesi 2017/ 2018 online. 
  • 1. Pastikan anda mengisi maklumat yang lengkap semasa permohonan.
  • 2. Sila muatnaik salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
  • a. Salinan Kad Pengenalan
  • b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • c. Salinan Transkrip Akademik Diploma
  • d. Salinan Sijil MUET
  • e. Salinan Keputusan Bahasa Melayu / Matematik Julai (Jika Ada)
  • f. Salinan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my/MQR/CAkreditasi.cfm)
  • 3. Sila pastikan semua dokumen di atas di muat naik ke dalam sistem permohonan.
Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan tidak akan diproses

Syarat Permohonan Kemasukan UTHM


Berikut dikongsikan syarat am permohonan beserta syarat tambahan kemasukan ke UTHM ambilan Februari 2018 :-

SYARAT AM

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia kertas Julai dan Lulus Mata Pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;

DAN

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

DAN

Menyertakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti;
  1. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
  2. Salinan SPM/Setaraf;
  3. Salinan Transkrip Diploma Penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
  4. Salinan Sijil MUET;
  5. Salinan MQA Diploma
  6. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika ada)

SYARAT TAMBAHAN BAGI PROGRAM PENDIDIKAN

  1. Terbuka kepada warganegara sahaja.
  2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari 2016 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1987
  3. Lulus Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/Setaraf
  4. Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.
Syarat khas program pengajian boleh dirujuk selanjutnya di SYARAT UTHM.

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di UTHM Ambilan Februari 2018

Kursus/ Program Sarjana Muda yang ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2017/ 2018 di UTHM beserta kod adalah seperti berikut :-

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR (FKAAS)

  1. BFF : Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian

FAKULTI KEJURTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE)

  1. BEV : Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
  2. BEJ : Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP)

  1. BDC : Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional) dengan Kepujian#

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FKMP)

  1. BBA : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian#
  2. BBB : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan Kepujian#
  3. BBC : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian#
  4. BBD : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian#
  5. BBE : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian#
  6. BBF : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian#
  7. BBG : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejubekuan dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian#
Bagi calon yang sedang bekerja dikehendaki mengemukakan surat pelepasan dari majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.

Semakan Keputusan Permohonan UTHM Semester 2 Online

Keputusan permohonan boleh disemak di Laman Web UTHM pada 15 Januari hingga 8 Februari 2018. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 8 Februari 2018 dianggap gagal dan tidak berjaya.

Tarikh Penting Permohonan UTHM 2018

Berikut adalah tarikh penting permohonan UTHM semeseter 2 sesi 2017/ 2018 buat panduan peajar semua.

Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan di Laman Web UTHM dari semasa ke semasa.
  1. Tarikh Tutup Aplikasi Permohonan Dalam Talian : 18 November 2017
  2. Semakan Ujian MedSI dan Panggilan Temuduga Untuk Program Bertemuduga (#) : https://wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran/ : 4 Disember 2017 hingga 10 Disember 2017
  3. Pelaksanaan Ujian MedSI dan Temuduga : 11 Disember 2017 hingga 13 Disember 2017
  4. Hebahan Status Keputusan Permohonan : 15 Januari 2018 hingga 8 Februari 2018
  5. Pendaftaran Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2017/2018 (8.30 pagi – 2.00 petang sahaja) : 8 Februari 2018

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu pahat
Johor Darul Takzim 

Waktu Operasi

  1. Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
  2. Khamis         : 8.00 pagi – 3.30 petang
  3. No Telefon : 07-453 7696 / 7689 / 7375 / 7685 / 7687 / 7690
Diucapkan semoga berjaya buat pelajar yang membuat Permohonan UTHM Semester 2 Online Sesi 2017/ 2018. Semoga impian anda berada di menara gading tercapai nanti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728