Permohonan Kemasukan Ke UUM Ambilan Februari 2018 Secara Online. Permohonan melanjutkan pengajian semester 2 atau ambilan kedua (Februari 2018) ke Universiti Utara Malaysia (UUM) kini dibuka bermula 1 hingga 30 November 2017. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UUM 2018 akan dibuka bagi Program Ijazah Sarjana Muda UUM untuk lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti.
Selain UUM, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) lain yang ada membuka permohonan kemasukan kedua Februari/ Mac 2018 seperti UiTM, UIAM, UM, UPSI dan UTM.
Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP)
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah
Tel: 04 928 3323/3324/3334/3335/3309
Fax: 04-9283305
e-mel: heanet@uum.edu.my
Selamat membuat Permohonan Kemasukan Ke UUM 2018 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universit Utara Malaysia ambilan Februari nanti.
Selain UUM, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) lain yang ada membuka permohonan kemasukan kedua Februari/ Mac 2018 seperti UiTM, UIAM, UM, UPSI dan UTM.
Permohonan Universiti Utara Malaysia Ambilan Februari 2018 Online
Berikut dikongsikan maklumat permohonan UUM semester 2 sesi pengajian 2017/ 2018 yang mengandungi tarikh penting, syarat dan program yang ditawarkan.- Tarikh buka permohonan : 1 November 2017 (1200 tengahari)
- Tarikh tutup permohonan : 30 November 2017 (1200 tengahari)
- Tarikh akhir penerimaan dokumen: 7 Disember 2017 (300 petang)
- Applikasi Permohonan : http://asisonline.uum.edu.my/online_app/menu_apply.aspx
- (Nota: Sila simpan no.borang sebagai rujukan permohonan)
Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke UUM 2018 Online
Calon-calon adalah dinasihatkan untuk membaca lampiran-lampiran berikut dalam PDF terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan secara atas talian:- Lampiran A: Program yang ditawarkan
- B: Syarat am dan syarat khas
- C: Bayaran wang proses
- D: Senarai semak
Syarat Am Permohonan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
- Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Semakan Keputusan UUM Ambilan Kedua 2016/ 2017
Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan Januari 2018. Applikasi semakan adalah di SEMAKAN Asisonline UUM.Maklumat Lanjut
Cara Hubungi atau untuk sebarang pertanyaan sila hubungiUnit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP)
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah
Tel: 04 928 3323/3324/3334/3335/3309
Fax: 04-9283305
e-mel: heanet@uum.edu.my
Selamat membuat Permohonan Kemasukan Ke UUM 2018 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universit Utara Malaysia ambilan Februari nanti.