Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728

Permohonan UTM Februari 2018 Online Sarjana Muda

$
0
0
Permohonan Kemasukan UTM Februari 2018 Online Ambilan Kedua. Satu lagi Universiti Awam iaitu Universiti Teknologi Malaysia ada menawarkan pengambilan kedua untuk Program Ijazah Sarjana Muda. Permohonan UTM ambilan Februari 2018 Online untuk program Ijazah Sarjana Muda termasuk program MJII adalah dibuka dari 29 Oktober sehingga 25 November 2017. Permohonan boleh dibuat secara online di Admission to UTM.

Pengajian sepenuh masa untuk program Ijazah Sarjana Muda ini akan dijalankan di UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Untuk makluman, tidak semua program pengajian peringkat Sarjana Muda ada ditawarkan pada sesi ambilan kedua ini. Pelajar boleh memohon pada permohonan UPU yang dijangka di buka pada awal tahun hadapan. 

Selain UTM, UA lain yang ada menawarkan pengambilan kedua Februari/ Mac 2018 adalah UiTM, UPSI, UTHM, UNIMAP, UUM, UIAM, UM dan UMK.

Permohonan kemasukan UTM Februari 2018 Online ambilan kedua

Permohonan Kemasukan UTM Februari 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan UTM Februari 2018 Online untuk Program Ijazah Sarjana Muda. Maklumat yang dipaparkan adalah tarikh permohonan, program yang ditawarkan, applikasi permohonan dan cara hubungi.

Tarikh Permohonan UTM Februari 2018 Online

Permohonan UTM Februari 2018 adalah dibuka dari :-
  • 29 Oktober 2017 : Tarikh Buka
  • 25 November 2017 : Tarikh Tutup
  • Applikasi Permohonan : Admission To UTM. Juga untuk membuat semakan syarat permohonan dan dokumen yang diperlukan

Program Pengajian UTM Yang Ditawarkan Pada Kemasukan Februari 2018

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

1. Sarjana Muda Sains Komputer (UTM Johor Bahru)

  1. Sarjana Muda Sains Komputer (Kejurteraan Perisian) 
  2. Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan)
  3. Perisian Grafik dan Multimedia 

2. Sarjana Muda Pendidikan (UTM Johor Bahru)

  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Binaan Bangunan) 
  • (Elektrik dan elektronik) 
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 
  • Sains Sukan

3. Program Yang Ditawarkan Di Malaysia - Japan International Institute of Technology (UTM Kuala Lumpur) 

  1. Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik 
  2. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan 
  3. Kejuruteraan Proses Kimia 

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa (SRAD) 
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) 
Universiti Teknologi Malaysia 
81310 UTM Johor Bahru 
No Telefon : 07-5537 645/ 377961/ 37632 
emel : upgrad@utm.my

Selamat membuat Permohonan UTM Februari 2018 Online untuk Program Sarjana Muda. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UTM kemasukan Kedua Februari 2018.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728