Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2018 Online

$
0
0
Permohonan Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2018 Online. Berita baik untuk pelajar UPSR Darjah 6yang berminat untuk memasuki Asrama Semai Bakti Felda. Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2018 untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sesi 2017 kini dibuka secara online Tarikh buka permohonan adalah pada hari pertama keputusan UPSR 2017 diumumkan.Berikut disertakan cara-cara membuat permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2018 Online.

Permohonan ASBF Online

Permohonan Kemasukan ASBF Asrama Semai Bakti FELDA 2018 Online

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan ke Asrama Semai Bakti Felda sesi 2018 secara online.

Maklumat Tarikh permohonan adalah seperti berikut :- 
  • Tarikh Buka : 23 November 2017
  • Tarikh Tutup : Permohonan dibuka dalam tempoh 14 hari waktu bekerja dari hari pertama keputusan UPSR 2017 diumumkan sehingga 6 Disember 2017

Cara Membuat Permohonan ASBF Online

Sila masukkan No Giliran UPSR dan No. Sijil Lahir untuk permohonan. *Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu. Sila klik Daftar untuk mendaftar.
  • 2) Semakan tawaran temuduga secara online dibuka pada 12 Disember 2017
  • 3) Sesi Temuduga : 18 Disember 2017

Permohonan ASBF 2018 Online

Semakan Keputusan Tawaran Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2018 Online

  • 1) Semakan keputusan kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA boleh disemak secara online bermula dari 27 Disember 2017
  • 2) Surat tawaran akan dikeluarkan kepada mereka yang berjaya
  • 3) Pendaftaran pelajar baru yang terpilih : ASBF JB pada 26 Disember 2017. ASBF KL, JB dan Kuantan pada 30 Disember 2017

SYARAT UTAMA PERMOHONAN

  1. Memperolehi keputusan UPSR 2016 sekurang-kurangnya gred minima 3A 3B (tertakluk kepada perubahan) dengan mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  2. Berstatus anak/ cucu Peneroka atau anak kakitangan kumpulan FELDA.
  3. Mempunyai pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan.

SYARAT TAMBAHAN

  1. Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
  2. Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan tatatertib.

SYARAT TAMBAHAN UNTUK PROGRAM TAHFIZ DI ASSBK

  1. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  2. Cenderung dan berminat kepada hafazan Al-Quran.
  3. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf dengannya.

KELAYAKAN MAKSIMUM

  • Mendapat markah yang tinggi dalam temuduga.
  • Borang permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses.
Maklumat tambahan berkenaan permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2018 Online ini boleh dirujuk di Panduan Permohonan. 

Cara menghubungi adalah seperti alamat dan maklumat berikut :-

Jabatan Pendidikan FELDA,
Tingkat 37, Menara FELDA,
Platinum Park,
No. 11 Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur.

No Tel  :+603-2191 2058 (ext: 2011/2057/2071)                
No Fax  :+603-2191 2593
Emel    : edu.unit@felda.net.my


Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, selamat membuat Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2018 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan nanti yang akan diumumkan pada 27 Disember 2017.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728