Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2018 Online. Berita baik buat pelajar UPSR 2017. Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) dan Madrasah Moden MAIDAM kemasukan ke Tingkatan 1 kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara online bermula dari 23 hingga 27 November 2017. Kepada pelajar yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk memohon.
Untuk makluman, permohonan untuk pelajar PT3 2017 (kemasukan Tingkatan 4) dan kemasukan Tingkatan 6 juga melalui applikasi permohonan ini. Tarikh permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sumber SMA online
Selamat membuat permohonan SMA Terengganu 2018 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk pengajian ambilan tahun 2018.
Permohonan Kemasukan Ke SMA Terengganu 2018 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan SMA Terengganu 2018 secara online. Untuk makluman, borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibu bapa/ penjaga.Tarikh Permohonan
Permohonan kemasukan ke SMANT akan dibuka/ ditutup seperti tarikh berikut:-- 23 November 2017 (Khamis) jam 9.00 pagi : Tarikh Buka
- 27 November 2017 (Isnin) jam 4.00 petang : Tarikh Tutup
Cara Buat Permohonan SMANT Secara Online
Sila layari applikasi permohonan di SMANT. Sila Pilih Kategori dan Klik Gambar Untuk Membuat Permohonan. Pemohon perlu merujuk kepada nota dan syarat kemasukan setiap sekolah dan kemudiannya Klik Applikasi permohonan SMA Onlineuntuk memohon.A. Sekolah Berasrama Penuh : Tingkatan 1 SMA(A)SZA
Syarat Kemasukan Ke SMA (A) Sultan Zainal Abidin- Mendapat 3A 3B dalam peperiksaan UPSR 2017 (27 Unit tanpa C)
- Rakyat Terengganu
- Beragama Islam
- Lulus Sijil KAFA atau setaraf dengannya
- Umur tidak melebihi 13 tahun
B. Sekolah Bukan Berasrama Penuh (SMANT Harian)
C. Madrasah Moden Maidam
Murid tahun enam (6) yang telah menduduki UPSR 2017 dan berminat dan layak boleh memohon. Syarat Kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM adalah seperti berikut :-- 1. Pemohon perlulah mendapat sekurang-kurangnya 15 unit dalam peperiksaan UPSR 2017 dan WAJIB lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan).
- 2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu iaitu :
- - Bapa lahir di Terengganu Darul Iman ATAU
- - Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
- 3. Lulus Ujian KAFA atau setaraf dengannya.
- 4. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian Al-Quran, personaliti dan jawi
- 5. Bersetuju menerima ketiadaan PT3 dalam Madrasah Moden MAIDAM Negeri Terengganu (3MNT).
- 6. Bersetuju menerima 3MNT yang ditawarkan - penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan 3MNT.
- 7. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan daripada 3MNT yang berkaitan.
- 1. Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus (3MKN) untuk pelajar lelaki sahaja
- 2. Madrasah Moden MAIDAM Besut (3MB) untuk lelaki dan perempuan
- 3. Madrasah Moden MAIDAM Kuala Berang (3MKB) untuk pelajar perempuan sahaja (Tiada pemgambilan untuk tahun 2018)
Semakan Ujian Bertulis SMANT
Ujian Bertulis boleh disemak pada 30 November 2017 (Khamis jam 900 pagi). Ujian akan diadakan pada tarikh seperti berikut :- 4 Disember 2017 : Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu
- 6 Disember 2017 : Kemasukan ke SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
- 6 Disember 2017 : Kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM Terengganu
Semakan Keputusan Tawaran
Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan dan tawaran secara online pada 20 Disember 2017. Pendaftaran sekolah bagi tingkatan 1 tahun 2018 adalah seperti berikut :- Sekolah Menengah Agama Terengganu pada 27 Disember 2017
- SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 02 Januari 2018
- Madrasah Moden MAIDAM Terengganu pada 6 Januari 2018
Untuk makluman, permohonan untuk pelajar PT3 2017 (kemasukan Tingkatan 4) dan kemasukan Tingkatan 6 juga melalui applikasi permohonan ini. Tarikh permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sumber SMA online
Selamat membuat permohonan SMA Terengganu 2018 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk pengajian ambilan tahun 2018.