Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 1728 articles
Browse latest View live

Permohonan Jawatan Kosong Di SPAJ Ogos 2016

$
0
0
Iklan Jawatan Kosong Di SPAJ Ogos 2016. Berita baik buat pencari kerja seperti  dikongsikan dari FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim dan warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti disenaraikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos 2016.

permohonan Jawatan Kosong Di SPAJ Ogos 2016

Iklan Jawatan Kosong Di SPAJ Ogos 2016

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang boleh dipohon oleh pemohon yang layak :-


  • 1. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
  • 2. Penolong Jurutera Awam Gred JA29
  • 3. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29
  • 4. Pembantu Veterinar Gred G19
  • 5. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  • 6. Pembantu Operasi Gred N11
  • 7. Penghantar Notis Gred N11

Iklan penuh dan syarat skim jawatan sila layari Portal SPAJ di pautan URL http://spaj.johor.gov.my/

Applikasi Permohonan

  • Permohonan adalah secara aplikasi atas talian di http://johorcareer.johor.gov.my/
  • Sila buat pendaftaran online jika belum mendaftar
  • Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 22 Ogos 2016 (Isnin)

Selamat memohon buat mereka yang layak dan semoga anda berjaya ditawarkan pekerjaan nanti.

Permohonan Jawatan Kosong JPJ Online

$
0
0
Permohonan Jawatan Kosong JPJ Terkini Online. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA, di mana SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Komunikasi dan Multimeduia Malaysia sehingga tarikh tutup pada 14 Ogos 2016. Permohonan hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online  di SPA8i

Panduan Memohon Jawatan Kosong JPJ Ogos 2016

Berikut adalah iklan jawatan kosong SPA bulan Ogos 2016 yang menawarkan kekosongan jawatan di JPJ dan SKMM seperti berikut :-
  1. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia : 250 kekosongan
  2. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (Janatan Pengangkutan Jalan Malaysia) : 24 kekosongan
  3. Jurufotografi Gred B19 (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia : 9 kekosongan

Iklan Permohonan Ogos 2016

Jawatan Kosong JPJ terkini
Sumber : SPA


Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan

Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 14 Ogos 2016 jam 1159 malam.

Selamat mendaftar buat pemohon yang layak dan diucapkan semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam nanti. 

Cara Membuat Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP

$
0
0
Cara Menukar Akaun KWSP Dari Simpanan Konvensional Ke Simpanan Shariah. Bagaimana nak memilih/ bertukar atau membuat pendaftaran ke Akaun Shariah KWSP? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) akan memperkenalkan simpanan persaraan baru yang berteraskan konsep Syariah iaitu Simpanan Shariah bermula 1 Januari 2017 selaras dengan kehendak orang ramai. Oleh itu bermula 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP yang ingin memilih opsyen alternatif ini boleh datang ke pejabat KWSP untuk mendaftar dan beralih ke Simpanan Shariah.

vertukar ke Simpanan Shariah KWSP

Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP

Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah yang diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah. Ianya diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Berikut dikongsikan cara-cara membuat penukaran/ pendaftaran Akaun KWSP dari Simpanan konvensional ke simpanan Shariah:-

  1. Pendaftaran adalah berdasarkan "Siapa cepat dia dapat". 
  2. Tarikh pendaftaran bermula dari 8 Ogos sehingga 23 Disember 2016 tertakluk kepada ketersediaan dana. Dana awal adalah RM100 billion
  3. Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan
  4. Ahli akan menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
  5. Ahli perlu membawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia) semasa pendaftaran
  6. Semakan keputusan - Permohonan ahli yang berjaya akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan
* Ahli tidak boleh membatalkan pilihan simpanan shariah setelah tarikh berkuat kuasa 

Hukum Mengubah Caruman Ke Simpanan Shariah

Dikongsikan dari FB Ustaz, berikut adalah hukum bertukar dari simpanan konvensional ke simpanan shariah.

Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah.

Disebabkan dana awal hanya RM100 billion, maka marilah kita sama-sama menukar ke simpanan Shariah secepat mungkin bagi mengelakan kehabisan dana dan anda perlu menunggu peruntukan dana patuh Syariah tahunan seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Laman Web Rasmi KWSP. Soalan Lazim boleh dirujuk di EPF FAQ.
  
Sumber KWSP Shariah dan FB Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman

Kedudukan Pingat Sukan Olimpik 2016 Rio

$
0
0
Kedudukan Pingat Sukan Olimpik 2016 Rio Brazil. Mampukah Malaysia memenangi pingat emas Olimpik kali ini? Semuanya akan terjawab apabila 32 atlet negara akan memburu pingat di temasya sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik 2016 di Rio Di Janeiro, Brazil. Kejohanan akan bermula dari 6 Ogos hingga 22 Ogos 2016 (Waktu Malaysia) dan dijangka didominasi oleh kuasa sukan dunia iaitu USA, Britain dan China. Berikut adalah kedudukan pungutan pingat Olimpik 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Kedudukan Pingat Olimpik 2016 Rio

Kedudukan Pingat Sukan Olimpik 2016 Rio

Sukan Olimpik 2016 Rio akan menawarkan sejumlah 301 pingat emas yang dibahagikan mengikut acara berikut. Acara Olahraga dan renang adalah 2 acara sukan yang menawarkan pingat emas terbanyak kali ini. Wakil Malaysia dalam kurungan akan menyertai 10 acara.
  1. Olahraga : 47 emas (Nauraj Singh Randhawa - Lompat Tinggi Lelaki &   Zaidatul Husniah Zulkifli - 100M Wanita)
  2. Renang : 34 (Welson Sim - 200M & 400M Gaya bebas Lelaki, Heidi Gan - 10KM Marathon Wanita & Phee Jing En - 100M Kuak dada wanita)
  3. Basikal : 18 (Azizulhasni Awang - Keirin Lelaki & Fatehah Mustapa - Sprint Wanita)
  4. Gimnastik : 18
  5. Kayak : 16
  6. Angkat Berat : 15 (Mohd Hafifi Mansor - 69KG Lelaki)
  7. Gusti : 15
  8. Menembak : 15 (Johnathan Wong Guanjie - 10M Pistol)
  9. Judo : 14
  10. Mendayung (Rowing) : 14
  11. Tinju : 11
  12. Kapal Layar : 11 (Khairulnizam Mohd Affendy - Laser & Nur Shazrin Latif - Laser Radial)
  13. Lawan Pedang : 10
  14. Terjun : 8 (Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Cheong Jun Hoong,     Nur Dhabitah Sabri, Pandelela Rinong & Ng Yan Yee)
  15. Taekwondo : 8
  16. Equestrian : 6
  17. Badminton : 5 (Datuk Lee Chong Wei - Perseorangan Lelaki, Tee Jing Yi - Perseorangan Wanita, Goh V Shem & Tan Wee Kiong - Beregu Lelaki,     Vivian Hoo & Woon Khe Wei - Beregu Wanita dan Chan Peng Soon & Goh Liu Ying - Beregu Campuran)
  18. Memanah : 4 (Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin & Muhd Akmal Nor Hasrin)
  19. Ping Pong : 4
  20. Tenis : 4
  21. Bola Tampar : 4
  22. Polo Air : 2
  23. Triathlon : 2
  24. Renang Berirama : 2
  25. Ragbi Tujuh : 2
  26. Pentathlon Moden : 2
  27. Bola Baling : 2
  28. Golf : 2 (Danny Chia - Lelaki, Gavin Kyle Green - Lelaki, Michelle Koh - Wanita & Kelly Tan - Wanita)
  29. Bolasepak : 2
  30. Hoki : 2
  31. Bola Keranjang : 2

Berikut pula adalah jumlah pungutan pingat Sukan Olimpik 2016 Rio untuk setiap negara yang berjaya memenangi pingat.

  • * Jadual kedudukan pingat akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Semoga atlet Malaysia mampu membawa pulang pingat emas kali ini.

Keputusan Sukan Olimpik 2016 Atlet Malaysia

$
0
0
Keputusan Sukan Olimpik 2016 Atlet Malaysia. Berikut adalah Keputusan Sukan Olimpik 2016 Rio Brazil beserta jadual acara melibatkan Atlet Malaysia seramai 32 orang dalam 10 acara sukan. Harapan pingat emas kali ini adalah dari Datuk Lee Chong Wei dari acara badminton dan Azizulhasni dalam acara basikal. Acara lain yang disertai oleh atlet Malaysia adalah terjun, renang, menembak, angat berat, golf, kapal layar, olahraga dan memanah lelaki.

Keputusan atlet malaysia Sukan Olimpik 2016 rio

Sukan Olimpik 2016 Rio : Jadual Dan Keputusan Terkini Atlet Malaysia 

Berikut adalah jadual acara dan keputusan atlet Malaysia di Sukan Olimpik 2016 Rio Brazil melibatkan 10 acara sukan yang disertai.

5 Ogos 2016 - 800 malam

Memanah Berpasukan Dan Individu Lelaki (Pusingan Penentuan Kedudukan)

  1. Haziq Kamaruddin
  2. Khairul Anuar Mohamad
  3. Mohd Akmal Nor Hasrin

7 Ogos 2016 - 1200 pagi

Kelayakan 10M Air Pistol Lelaki

  • Johnathan Wong Guanjie 

Jadual dan keputusan Sukan Olimpik 2016 melibatkan atlet Malaysia akan dikemaskini dari masa kesemasa. Selamat berjuang buat atlet Malaysia di Rio 2016.

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD Online

$
0
0
Permohonan Kemasukan Putera 2017 Online. Bagaimana cara memohon kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja secara online? Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Sesi 2017 kini telah di buka untuk pelajar PT3 tahun 2016. Permohonan Kemasukan Putera 2017secara Online ini akan dibuka bermula dari 5 Ogos 2016 sehingga 30 November 2016.

Permohonan Kemasukan Putera MTD 2017 Online

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD Online

Berikut dikongsikan panduan membuat permohonan kemasukan Putera 2017 Maktab Tentera DiRaja online :-

  • Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian melalui laman web www.rmc.edu.my
  • Tawaran terbuka kepada murid Tingkatan 3 tahun 2016
  • Tarikh tutup permohonan ialah 30 November 2016
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-8946 5565/ 03-8965 5562.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 tahun 2017 adalah seperti berikut:-
  • a. Warganegara Malaysia.
  • b. Jantina - Lelaki.
  • c. Tinggi Minimum - 152 sm.
  • d. Berat Minimum - 40.5 kg.
  • e. Body Mass Index (BMI)- 18 hingga 27.
  • f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • g. Penglihatan -baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca matahendaklah tidak melebihi 6/12).
  • h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri
    jika melakukan aktiviti lasak.
  • i. Memperolehi keputusan  yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan  Tiga) PT3 Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan.
  • j. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab,persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
  • k. Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka
    melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • l. Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan  pada minggu kedua Januari 2017, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan  Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017.
  • m. Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut
    pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2017.
  • n. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan).  Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00pada tiap-tiap bulan

Selamat membuat permohonan Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD Online kepada pelajar PT3 2016. Diucapkan semoga anda berjaya dalam permohonan nanti. Sumber : Iklan Kemasukan MTD

Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor TLKJ 2016

$
0
0
Permohonan Bantuan TLKJ 2016. Anda sedang mengikuti latihan kemahiran pelbagai peringkat dan memerlukan bantuan? Berita baik buat anak-anak Johor melalui perkongsian dari FB Yayasan Pelajaran Johor, adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) 2016 telah dibuka bermula dari 1 Ogos sehingga 30 November 2016. Bantuan sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada mereka yang layak.

Permohonan bantuan TLKJ 2016 Johor

Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor TLKJ 2016

Berikut adalah maklumat lanjut permohonan yang mengandungi panduan, syarat-syarat kelayakan, borang permohonan dan cara menghubungi.

Syarat Permohonan

Pemohon yang layak memohon adalah seperti syarat permohonan berikut :-
1. Bermaustautin tetap di negeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
2. Mengikuti kursus kemahiran di Institusi–Institusi dalam Negeri Johor sahaja
3. Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (contoh : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off)
4. Jenis Pensijilan :

  • a) Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Siji lKemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  • b) Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
5. Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut:
  • a) Belia keciciran dan tamat tingkatan3/ lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
  • b) Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
  • c) Pelajar yang sedang/ pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti didalam industri mestilah disertakan bersama (Contoh: sokongan majikan)
6.Bidang latihan yang ditaja adalah bidang yang menjadi tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti berikut:
  • a) Hospitaliti dan Pelancongan
  • b) Minyak & Gas
  • c) Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor
Muat turun iklan permohonan di YPJ TLKJ 2016

Cara Memohon Dan Borang Permohonan

a) Sila layaril aman web YPJ di www.ypj.gov.my
b) Muatturun borang permohonan TLKJ
. Sila muat turun Borang permohonan di Borang TLKJ 2016
c) Lengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan
d) Hantar ke pejabat YPJ di alamat seperti berikut:

Bangunan YPJ, 15, Jalan Nuri
Kampung Dato Onn Jaafar
80990 Johor Bahru
Johor, Malaysia

Dokumen yang diperlukan

  • a) Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa
  • b) Surat tawaran belajar dari pihak institusi/ pusat latihan
  • c) Surat tawaran bekerja selepas tamat belajar/ latihan dari industri (jika berkaitan)
  • d) Slip gaji ibu dan bapa/ penjaga

Cara Hubungi

Keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Bantuan Pendidikan YPJ di talian 07-2344355 (Pn Norhedayu) atau emel ypjtlkj@gmail.com

Selamat memohon kepada anak-anak Johor yang laya dan semoga anda berjaya mendapat Bantuan TLKJ ini.
Sumber FB YPJ 

Semakan Keputusan PIDN 2016 Dan Dermasiswa B40 Online

$
0
0
Semakan Keputusan Permohonan PIDN 2016 Dan Dermasiswa B40 Online. Anda seorang pemohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Dermasisiwa B40 tahun 2016? Berita baik menerusi makluman Portal Rasmi eSILA, semakan keputusan permohonan PIDN dan Dermasiswa B40 kini boleh disemak bermula 5 Ogos 2016.

JPA PIDN dan Dermasiswa b40

Untuk makluman, Kerajaan telah bersetuju pada 5 April 2016 dengan Model Baru Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di mana PIDN dan Dermasiswa B40 adalah sebahagian dari program Penajaan JPA bagi tahun 2016selain PPN, Program Khas Kejuruteraan, Pinjaman Lepasan Bursary dan Program Bursary.

Semakan Keputusan PIDN 2016 Dan Dermasiswa B40 Online

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan permohonan :-
  • Tarikh semakan keputusan : 5 Ogos 2016 (Jumaat) bermula jam 500 petang

Applikasi Semakan

Semakan boleh dibuat secara online di link applikasi semakan di bawah ini :-
  • Program Ijazah Dalam Negara : Klik PIDN
  • Program Dermasisiwa B40 : Klik DMSW

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian seperti berikut:-
  • 03-8885 3453 / 3541 / 3552

Tahniah kepada yang berjaya dalam Permohonan PIDN 2016 Dan Dermasiswa B40 Online. 
Sumber Portal eSILA

Permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA Online

$
0
0

Permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA Online. Bilakah tarikh permohonan Sekolah Kawalan 2017? Permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tingkatan 1 yang meliputi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk sesi 2017 dijangka akan dibuka pada minggu pertama bulan September 2016. Pada tahun lepas ianya telah di buka secara online di SPAT (https://public.moe.gov.my/) bermula 1 September 2015.

permohonan sekolah kawalan 2017
  • Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2016 SMKA, SABK, KRK Dan KAA Online dan SMS boleh disemak bermula 20 Disember 2015 bermula jam 1000 pagi AHAD di SEMAKAN SEKOLAH KAWALAN 2016.

Permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA Online

Untuk panduan, permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA boleh di buat secara Online dengan melayari laman web 
  • https://public.moe.gov.my/ 
  • Tarikh buka dan tutup permohonan akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari KPM
  • Dibuka kepada pelajar Darjah/ Tahun 6 tahun 2016 (UPSR

Senarai Sekolah Kawalan 

  1. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  3. Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ SEkolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  4. Kelas Aliran Agama (KAA)
  5. Kelas Rancangan Khas (KRK)/ Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
  6. Kelas Kawalan/ Kelas Premier
Untuk info berkaitan serta panduan memohon, anda boleh melayari link di bawah ini

Sila pastikan maklumat kokurikulum pemohon dikemaskini. Tarikh tutup permohonan adalah pada * akan dikemaskini (tahun lepas pada1 Oktober 2015). Keputusan kemasukan ke Sekolah Kawalan 2017 pula di jangka diumumkan pada hujung bulan Disember 2016 (Tahun 2016 pada 20 Disember 2015).

Pertanyaan berkaitan syarat dan permohonan ke Sekolah Kawalan boleh merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri di negeri pemohon. Jika terdapat sebarang masalah yang saya tidak dapat saya selesaikan, sila rujuk ke :-    

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT
No. Tel. : 03-88849443 & 03-88849458
E-mel :apdm.team@moe.gov.my

Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman terkini mengenai tarikh buka permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA Online.

Perbezaan Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP

$
0
0
Perbezaan Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP. Umum sedia maklum yang KWSP akan memperkenalkan simpanan persaraan yang berkonsepkan Syariah bermula 1 Januari 2017 iaitu Simpanan Shariah. Pendaftaran telah dibuka dari 8 Ogos 2016 sehingga dana awal yang diperuntukkan habis. Ianya adalah salah satu pilihan untuk ahli KWSP beralih dari Simpanan Konvensional yang sediada sekarang. Oleh itu apakah dia perbezaan diantara Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP?

Beza Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP

Beza Simpanan Shariah Dan Simpanan Konvensional KWSP

Berikut dikongsikan diantara perbezaan utama Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP.


NOPERKARASIMPANAN SHARIAHSIMPANAN KONVENSIONAL
1KEAHLIANTerbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegaraTerbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara
2AKADTertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan Akad WakalahTidak tertakluk kepada sebarang akad
3KADAR DIVIDENBerdasarkan kepada prestasi sebenar pelaburan Patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimumKadar dividen adalah berdasarkan kepada prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan Patuh Syariah)
4PERAKUANDiperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)Tidak tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
5PERTUKARANAhli tidak boleh membatalkan pilihannya untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuatkuasaAhli boleh memlih untuk bertukar ke Simpanan Shariah

Menurut KWSP, Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah. 

Dah tahu apa dia perbezaan Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP? Jom apa tunggu lagi, marilah sama-sama kita membuat pilihan simpanan yang berteraskan konsep Syariah sebelum dana awal kehabisan.

Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor

$
0
0
Bantuan Subsidi Rumah Mesra Rakyat Johor. Rakyat Johor sedia maklum yang Bajet Negeri Johor tahun 2016 telah dibentangkan pada hari Khamis, 19 November 2015 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar. Salah satu perkara penting yang telah diumumkan adalah Bantuan Subsidi Rumah Mesra Rakyat Johor.  

TERAS PERTAMA: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT AGENDA 1: PROJEK KEHIDUPAN Skim Subsidi Pembinaan / Pembaikan Rumah 2. Program Rumah Mesra Rakyat Johor akan dilaksanakan bertujuan memberi subsidi bagi membantu mereka yang berhasrat membina dan menambah baik kediaman di atas tanah milik sendiri. 
Pendaftaran Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor

Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor

Rumah Mesra Rakyat Johor adalah satu lagi inisiatif kerajaan Johor memberi peluang bagi rakyat Johor yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah di atas tanah mereka di kawasan bandar atau luar bandar

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 20 Juta sebagai subsidi dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) menjadi kontraktor yang bertanggungjawab dalam membina 3000 RMRJ menjelang 2018

Untuk melaksanakan inisiatif ini, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan dilantik menjadi kontraktor yang bertanggungjawab. Di bawah program tersebut, subsidi RM20 juta akan diberikan melalui 3 skim bantuan berdasarkan harga dan keluasan rumah. Iaitu;

  • a. Bantuan RM10,000 bagi rumah berharga RM64,000 seunit,
  • b. Bantuan RM12,500 bagi rumah berharga RM72,500 seunit,
  • c. Bantuan RM15,000 bagi rumah berharga RM85,000 seunit.

SUMBER : FB Datuk Hj Abd Latif Bandi, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor, sila hubungi KPRJ di talian 07-2358377. Borang RMRJ sila klik : https://telegram.me/muafakatjohor

Untuk mereka yang berminat, prosedur dan syarat Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Permohonan Jawatan Kosong APMM 2016 Online

$
0
0
Permohonan Jawatan Kosong APMM 2016 Online. Anda seorang lepasan SPM/ SKM/ SVM dan sedang mencari jawatan kosong yang bersesuaian dengan kelayakan anda? Berita baik melalui makluman Facebook SPA, pengisian jawatan kosong untuk beberapa jabatan termasuk di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk jawatan sebagai Laskar Kelas II Maritim Gred T1 akan dibuat pada bulan Ogos 2016.

Permohonan Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1 Melalui SPA

Berikut adalah iklan jawatan kosong SPA bulan Ogos 2016 yang menawarkan kekosongan jawatan di beberapa jabatan dan kementerian seperti berikut :-

Lulusan SPM/ SKM/ SVM

  1. Juruteknik Komputer Gred FT19 (Jabatan Perkhidmatan Awam) : 30 kekosongan
  2. Laskar Kelas II Maritim Gred T1 (APMM) : 150 kekosongan
  3. Pembantu Tadbir (Pekeranian/ Operasi) Gred N19 (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri perlis) : 12 kekosongan

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan

Pemohon adalah perlu untuk membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 23 Ogos 2016 jam 1159 malam.  

Iklan Permohonan Jawatan Kosong Ogos 2016

Permohonan Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Maklumat Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Berikut dikongsikan maklumat jawatan dan syarat kelayakan serta jumlah/ tangga gaji untuk jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 untuk lepasan SPM:-
  • Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Gaji Min :
RM1441.00   
Gaji Max : RM4,152.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM105.00

Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; 
  • Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; 
  • Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; 
  • Memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; 
  • Melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. 
Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. 

Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan. 

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00): atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02).
Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
   
Kepada mereka yang berminat untuk memohon, sila buat permohonan/ pendaftara di SPA8i secepat mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Sumber SPA& FB SPA

Live Streaming Keputusan JDT Vs Perak 10 Ogos Piala Malaysia

$
0
0
Live Streaming Keputusan JDT Vs Perak Piala Malaysia 2016. Perlawanan keempat peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2016 akan berlangsung hari Selasa dan Rabu ini melibatkan 6 perlawanan dengan perlawanan tumpuan adalah perlawanan JDT vs Perak di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin bermula jam 900 malam, Rabu, 10 Ogos 2016. TV9 akan membawakan perlawanan Piala Malaysia minggu ini secara langsung untuk perlawanan JDT II lawan Kedah pada hari Selasa. 


Perlawanan JDT vs Perak dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan adalah semi-finalist Piala FA 2016 bersama pasukan PKNS dan Kedah. JDT yang belum pernah tewas setakat ini kini mendahului carta Liga Super 2016diekori oleh pasukan Felda United.

Keputusan JDT Vs Perak 10 Ogos 2016 Piala Malaysia

Berikut adalah keputusan terkini JDT vs Perak, Piala Malaysia 10 Ogos 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

JDT : Safiq Rahim (Min 15 - PEN)
PERAK 1 : (Kilichev Min 3)

Kesebelasan Pemain

JDT: Farizal Marlias, Azammuddin Akil, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), Jorge Pereyra Díaz, Fazly Mazlan, Juan Martin Lucero, Fadhli Shas, Azinee Taib, Azrif Nazrulhaq

Simpanan: Izham Tarmizi, Aidil Zafuan, Safee Sali, Shakir Shaari, Amri Yahyah, Dominic Tan Jun Jin, Hasbullah Abu Bakar

--------------------------------------------------------------------------------------

PERAK: Mohd Hafizul Hakim, Mohd Shahrul Saad, Mohd Nasir Basharuddin (C), Mohamad Hafiz Ramdan, D. Kenny Pallraj, Mohd Fikri Sudin, Fazrul Hazli, Nazirul Naim Che Hashim, Hisyamudin Sha'ari, Thiago Junio De Aquino, Oybek Kilichev

Simpanan: Muhammad Syazani Mat Puat, Mohd Nor Hakim Isa, Mohammad Raffi Nagoorgani, Amirul Azahan Aznan, Ahmad Khairil Anuar, Tuah Iskandar 


Kepada peminat JDT, jom sama-sama kita sokong dan penuhkan Stadium Larkin nanti. Bagi mereka yang tidak berkesempatan ke stadium, anda boleh mengikuti Live Streaming Keputusan JDT Vs Perak 10 Ogosl 2016 Piala Malaysiayang akan dikemaskini secara live score.

Senarai Peserta AF2016 Akademi Fantasia

$
0
0
Senarai Pelajar Akademi Fantasia (AF2016). Nak tahu senarai peserta AF 2016 kali ini yang bakal menngikuti jejak langkah Sufi sebagai Juara AF? Program realiti hiburan popular AF2016 (Minggu ke 13) akan kembali lagi dan akan mula bersiaran secara langsung dan eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 21 Ogos 2016 jam 9 malam. Liputan Harian Diari AF 2016 yang menayangkan rutin harian pelajar pula akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 630 petang bermula 15 Ogos 2016.

Senarai Pelajar AF2016 Akademi Fantasia

Senarai Penuh Peserta AF2016 Akademi Fantasia

Berikut adalah serba sedikit informasi berkenaan dengan Konsert Akademi Fantasia AF2016:-
  1. Format Markah / Juri : 100 peratus keputusan dan kuasa penjurian adalah berdasarkan pemilihan oleh Pengetua dan Barisan Juri Tetap AF2016
  2. Hos Konsert Mingguan : Zizan Razak
  3. Hos Diari AF: CK Faizal, Dahlia Shazwan, Hazeman Huzir
  4. Pengetua : Akan diumumkan
  5. Pengarah Muzik Konsert :Edry Abdul Halim
  6. Guru Vokal : Shahrol
  7. Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris : Fatimah Abu Bakar
  8. Guru Tarian dan Kareografi : Linda Jasmine 
  9. Guru Seni Persembahan :Ellie Suriaty
  10. Guru Pementasan :Mas Idayu

Senarai Nama Pelajar AF 2016 Akademi Fantasia

Berikut pula adalah senarai empat belas (14) orang pelajar AF2016 yang terdiri daripada tujuh orang pelajar lelaki dan tujuh orang perempuan. Juara pertandingan JoHaRockStar anjuran ERA FM akan diserap masuk pada minggu ketiga konsert mingguan. Jumlah peserta sebenar yang bakal terus beraksi akan ditetntukan pada konsert pertama.

Peserta Lelaki

  1. Amir Syazwan Masdi : Umur 20 tahun dari Selangor (Amir)
  2. Azarul Rais Mansor : 22, Selangor (Rais)
  3. Halmy Hamizan : 23, Kuala Lumpur (Halmy)
  4. Mohamad Ammal Shafiq Osman : 21, Pulau Pinang (Amal)
  5. Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle : 24, Johor (Zarol)
  6. Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan : 23, Selangor (Isa)
  7. Muhammad Ikram Kamaruzzaman : 26, Kuala Lumpur (Ikram)

Peserta Wanita 

  1. Isyariana Che Azmi : Umur 26 tahun dari Pahang (Riana)
  2. Jasper James Supayah : 23, Johor (Jasper)
  3. Kareshma Martin John Patrick : 18, Selangor (Reshma)
  4. Nur Hafizah Longkip @ Thomas : 23, Sabah (Afi)
  5. Nurfarrah Izzatie Johari : 19, Negeri Sembilan (Ara)
  6. Nurul Rahila Rashun : 20, Singapura (Rahila)
  7. Siti Aishah Abdul Razak : 20, Melaka (Asha)

Konsert Mingguan AF 2016

  • Akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 21 Ogos 2016.

Hadiah Akademi Fantasia 2016

Berikut adalah hadiah pemenang AF 2016 :-
  1. Juara : RM50,000
  2. Naib Juara : RM20,000
  3. Ketiga : RM15,000
  4. Keempat : RM10,000
  5. Kelima : RM5,000

Penaja Platinum adalah D'Herbs dengan Vitagen dan 11street sebagai penaja bersama.

Semoga anda terhibur dengan aksi Peserta AF2016 Akademi Fantasia kali ini.

Keputusan Badminton Sukan Olimpik 2016

$
0
0
Keputusan Badminton Sukan Olimpik 2016 Rio. Mampukah Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2016 di Brazil? Semuanya akan terjawab apabila acara Badminton akan memulakan aksi pada hari Khamis 11 Ogos sehingga 20 Ogos 2016. Seramai 8 atlet Malaysia akan beraksi dalam 5 acara. Live streaming/ siaran langsung badminton akan disiarkan di RTM TV1, HyppTV dan Astro.

Keputusan Badminton Olimpik 2016 Atlet Malaysia

Keputusan Badminton Sukan Olimpik 2016 Atlet Malaysia

Berikut adalah keputusan terkini dan penuh acara Badminton di Sukan Olimpik 2016 Rio Brazil melibatkan atlet Malaysia.

1. Perseorangan Lelaki - Kumpulan A

11 Ogos 2016 – 8.35 malam
  • Lee Chong Wei vs Soren Opti (Surinam) : 21-2, 21-3
12 Ogos 2016 – 9.35 malam
  • Derek Wong Zi Liang vs Soren Opti
14 Ogos 2016 – 7.55 petang
  • Lee Chong Wei vs Derek Wong Zi Liang (Singapura)

2. Perseorangan Wanita - Kumpulan K

12 Ogos 2016 : 9.45 malam
  • Akane Yamaguchi vs Kristina Gavnholt
13 Ogos 2016 : 7.25 petang
  • Tee Jing Yi vs Kristina Gavnholt
14 Ogos 2016 : 7.30 petang
  • Akane Yamaguchi vs Tee Jing Yi

3. Beregu Lelaki - Kumpulan B

12 Ogos 2016
  • Goh V Shem / Tan Wee Kiong vs Michael Fuchs / Johannes Schottler (2.55 pagi) : 21-14, 21-17
  • Fu Haifeng / Zhang Nan vs Phillip Chew / Sattawat Pongnairat (2.55 pagi)
  • Goh V Shem / Tan Wee Kiong vs Phillip Chew / Sattawat Pongnairat (7.25 malam)
13 Ogos 2016
  • Fu Haifeng / Zhang Nan vs Michael Fuchs / Johannes Schottler (3.40 pagi)
  • Michael Fuchs / Johannes Schottler vs Phillip Chew / Sattawat Pongnairat (8.00 malam)
  • Fu Haifeng / Zhang Nan vs Goh V Shem / Tan Wee Kiong (9.10 malam) 

4. Beregu Wanita - Kumpulan C

11 Ogos 2016
  • N K Maheswari / Greysia Polii vs Poon Lok Yan / Tse Ying Suet (9.10 malam) : 21-9,21-11
  • Vivian Hoo Kah Mun / Woon Khe Wei vs Heather Olver / Lauren Smith (10.55 malam) : 21-17, 24-22
12 Ogos 2016
  • Vivian Hoo Kah Mun / Woon Khe Wei vs Poon Lok Yan / Tse Ying Suet (9.10 malam)
13 Ogos 2016
  • N K Maheswari / Greysia Polii vs Heather Olver / Lauren Smith (2.30 pagi)
  • N K Maheswari / Greysia Polii vs Vivian Hoo Kah Mun / Woon Khe Wei (8.35 malam)
14 Ogos 2016
  • Heather Olver / Lauren Smith vs Poon Lok Yan / Tse Ying Suet (8.05 pagi)

5. Beregu Campuran - Kumpulan C

12 Ogos 2016
  • Tontowi Ahmad / Liliyana Natsir vs Robin Middleton / Leanne Choo (2.30 pagi)
  • Chan Peng Soon / Goh Liu Ying vs Bodin Issara / Savitree Amitrapai (3.40 pagi) : 21-13, 21-19
  • Tontowi Ahmad / Liliyana Natsir vs Bodin Issara / Savitree Amitrapai (10.55 malam)
13 Ogos 2016
  • Chan Peng Soon / Goh Liu Ying vs Robin Middleton / Leanne Choo (2.55 pagi)
  • Tontowi Ahmad / Liliyana Natsir vs Chan Peng Soon / Goh Liu Ying (9.10 malam)
14 Ogos 2016
  • Bodin Issara / Savitree Amitrapai vs Robin Middleton / Leanne Choo (8.05 pagi)

    Selamat berjuang buat semua atlet Malaysia di Sukan Olimpik 2016 di Brazil. Keputusan Badminton Sukan Olimpik 2016 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.

    Tarikh Hari Raya Aidiladha 2016 Di Malaysia

    $
    0
    0
    Tarikh Hari Raya Haji Atau Aidiladha 2016 Di Malaysia. Bilakah tarikh Hari Raya Aidiladha di Malaysia tahun 2016? Menurut Kalendar Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM, Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji akan disambut di Malaysia pada tarikh 12 September 2016 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1437 Hijrah. Pengumuman rasmi akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 1 September 2016.

    Hari Raya Aidiladha 2016

    Tarikh Hari Raya Aidiladha Di Malaysia 2016

    Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 1 September 2016 (Khamis) bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1437H. Pengumuman akan disiarkan di radio dan TV di Malaysia sekitar jam 800 malam pada tarikh tersebut.
    Hari Raya Haji 2016

    Untuk makluman, tarikh Hari Raya Aidiladha adalah merupakan cuti umum di Malaysia.

    Keputusan EPL Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

    $
    0
    0
    Live Score Keputusan Dan Kedudukan Terkini EPL 2016/ 2017. Anda penyokong kelab apa di EPL, liga paling berprestij? Berikut dikongsikan Jadual dan keputusan terkini EPL Liga Perdana Inggeris musim 2016/ 2017. Leicester City merupakan juara bertahan Liga EPL musim lalu. Musim Baru English Premier League (EPL) Liga Perdana Inggeris akan bermula pada bulan Ogos 2016 nanti. Sebanyak 20 pasukan akan bersaing untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang paling berprestij ini. 4 pasukan teratas akan layak ke Champions League 2017/ 2018.

    jadual, keputusan kedudukan epl 2016/ 2017

    Jadual, Keputusan Dan Kedudukan Terkini EPL Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

    Musim EPL akan dimulakan dengan perlawanan Community Shield diantara Man United, Juara Piala FA dan Leicester City, Juara EPL pada 7 Ogos 2016.  Perlawanan pertama EPL adalah pada hari Sabtu, 14 Ogos 2016.

    Berikut adalah senarai pasukan yang bersaing untuk Liga Perdana Inggeris Musim 2016-2017 tahun ini. Antara pencabar kejuaraan kali ini adalah Arsenal, Chelsea, Man United, Man City, Liverpool, Spurs dan Leicester  :-

    Senarai Pasukan EPL

    PasukanPengurusJersiStadium
    ArsenalArsène WengerPumaEmirates Stadium
    BurnleySean DychePumaTurf Moor
    BournemouthEddie HoweJD SportsDean Court
    ChelseaAntonio ConteAdidasStamford Bridge
    Crystal PalaceAlan PardewMacronSelhurst Park
    EvertonRonald KoemanUmbroGoodison Park
    Leicester CityClaudio RanieriPumaKing Power Stadium
    LiverpoolJurgen KloppNew BalanceAnfield
    Manchester CityPep GuardiolaNikeEtihad Stadium
    Manchester UnitedJose MourinhoAdidasOld Trafford
    MiddlesbroughAitor KarankaAdidasRiverside Stadium
    Hull CityKosongUmbroKCOM Stadium
    SouthamptonClaude PuelUnder ArmourSt Mary's Stadium
    Stoke CityMark HughesMacronBritannia Stadium
    SunderlandDavid MoyesAdidasStadium of Light
    Swansea CityFrancescoJomaLiberty Stadium
    Tottenham HotspurMauricio PochettinoUnder ArmourWhite Hart Lane
    WatfordWalter MazarriDryworldVicarage Road
    West Bromwich AlbionTony PulisAdidasThe Hawthorns
    West Ham UnitedSlaven BilićUmbroBoleyn Ground

    Widget Live Score EPL Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

    Berikut adalah widget jadual, keputusan dan kedudukan terkini perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2016/ 2017 yang memaparkan jadual perlawanan, keputusan terkini dan carta kedudukan pasukan.
    • * Tunggu sebentar sehingga widget keputusan EPL berfungsi 


    Semoga Jadual, Keputusan Dan Kedudukan Terkini EPL Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017 ini boleh dijadikan panduan buat peminat kelab bolasepak di England.

    Keputusan Terkini La Liga Sepanyol 2016/ 2017

    $
    0
    0
    Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan Terkini La Liga Sepanyol 2016/ 2017. Anda peminat pasukan bolasepak Real Madrid dan Barcelona dan ingin mengetahui keputusan perlawanan secara live score? The Primera División yang lebih dikenali sebagai La Liga Sepanyol dan secara rasmi dinamakan sebagai liga BBVA (liga BBVA) adalah satu kejohanan bolasepak Liga utama di Sepanyol. Sebanyak 20 pasukan akan beraksi di La Liga Sepanyol Musim 2016-2017, dengan tiga pasukan dibawah akan diturunkan ke Segunda División.

    • JADUAL DAN KEPUTUSAN TERKINI EPL LIGA PERDANA INGGERIS 2016/ 2017 KLIK EPL 2016-2017
    Keputusan La Liga Sepanyol 2016/ 2017

    Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan Terkini La Liga Sepanyol 2016/ 2017

    Sejak tahun 1950-an, Real Madrid dan Barcelona telah menguasai kejohanan.  Barcelona adalah juara La Liga Sepanyol Musim 2015/2016 diikuti oleh Real Madris dan Atlético Madrid. Berikut adalah keputusan La Liga Sepanyol Musim 2016/ 2017 beserta dengan jadual dan keputusan terkini serta carta kedudukan pasukan.

    Senarai Pasukan La Liga Sepanyol Musim 2016-2017

    Berikut adalah senarai pasukan yang akan bersaing merebut juara La Liga Sepanyol musim 2016-2017.
    1.     Alavés
    2.     Athletic Bilbao
    3.     Atlético Madrid
    4.     Barcelona
    5.     Celta Vigo
    6.     Deportivo La Coruña
    7.     Eibar
    8.     Espanyol
    9.     Granada
    10.     Las Palmas
    11.     Leganés
    12.     Málaga
    13.     Osasuna
    14.     Real Betis
    15.     Real Madrid
    16.     Real Sociedad
    17.     Sevilla
    18.     Sporting Gijón
    19.     Valencia
    20.     Villarreal

    KEPUTUSAN TERKINI LA LIGA SEPANYOL MUSIM 2016/ 2017

    • * Nota - Tunggu sebentar sehingga widget berfungsi
    • * Result - Keputusan perlawanan
    • * Clasific - Kedudukan Pasukan terkini

    Kedudukan Terkini La Liga Sepanyol



    SUMBER

    Semakan Keputusan SPMU 2016 SPM Ulangan Online Dan SMS

    $
    0
    0
    Semakan Keputusan SPMU 2016 SPM Ulangan Online Dan SMS. Bagi calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU 2016) pada 13 hingga 15 Jun 2016 yang lalu,semakan keputusan SPM ulangan 2016 dijangka boleh disemak bermula minggu ketiga Bulan Ogos 2016 (Tarikh rasmi adalah pada 18 Ogos 2016) secara SMS. Link semakan secara online akan dikongsikan jika ada.

    Semakan Keputusan SPMU 2016

    Semakan Keputusan SPMU 2016 Online Dan SMS

    Berikut dikongsikan maklumat penting cara membuat Semakan keputusan SPMU 2016 yang dijangka boleh disemak secara sms seperti langkah berikut :- 
    • Taipkan SPMU <jarak> RESULT <jarak> No KP dan hantarkan ke 15888 Makluman keputusan akan diumumkan diPortal Rasmi KPM di ruangan pemberitahuan terkini 
    • Tarikh semakan adalah pada 18 Jun 2016 (Khamis)
    • Semakan online akan dikongsikan jika ada


    Untuk makluman, slip keputusan SPMU atau Transkript result akan diposkan ke alamat rumah calon setelah keputusan SPMU diumumkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPMU.

    Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPMU 2016 kali ini. 

    Penjaring Gol Terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

    $
    0
    0
    Senarai Top Scorer EPL 2016/ 2017. Musim baru EPL Liga Perdana Inggeris 2016-2017 pasti sengit dengan kehadiran beberapa pengurus ternama dunia seperti Klopp, Conte, Mourinho dan Guardiola. Pasukan pilihan untuk kejuaraan berprestij Liga Perdana Inggeris musim 2016-2017 kini adalah pasukan Man City, Arsenal, Chelsea, Man United, Spurs dan Liverpool. Berikut adalah Senarai penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016-2017 di bawah ini yang merupakan penyumbang keatas kedudukan pasukan mereka di takhta Liga EPL.

    * senarai top scorer akan dikemaskini dari masa kesemasa
    top scorer Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017


    • ** Jadual dan keputusan penuh EPL sila klik EPL

    Senarai Penjaring Gol Terbanyak EPL 2016/ 2017

    Berikut adalah senarai penjaring gol terbanyal EPL yang akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

    2 Gol

    1. Coutinho     Liverpool FC   

    1 Gol

    1. Kun Agüero     Manchester City   
    2. Álvaro Negredo     Middlesbrough FC   
    3. Ross Barkley     Everton FC       
    4. Étienne Capoue     Watford FC       
    5. Calum Chambers     Arsenal FC       
    6. Jermain Defoe     Sunderland AFC       
    7. Adama Diomandé     Hull City       
    8. Leroy Fer     Swansea City       
    9. Zlatan Ibrahimović     Manchester United       
    10. Adam Lallana     Liverpool FC       
    11. Èrik Lamela     Tottenham Hotspur       
    12. Riyad Mahrez     Leicester City       
    13. Sadio Mané     Liverpool FC       
    14. Mata    Manchester United       
    15. Alex Oxlade-Chamberlain Arsenal FC       
    16. Nathan Redmond     Southampton FC       
    17. Salomón Rondón     West Bromwich Albion       
    18. Wayne Rooney     Manchester United       
    19. Xherdan Shaqiri     Stoke City       
    20. Adam Smith     AFC Bournemouth       
    21. Robert Snodgrass     Hull City       
    22. Theo Walcott     Arsenal FC        

     Senarai Penjaring Gol Terbanyak Liga Perdana Inggeris 2015/ 2016


      NONAMA PEMAINPASUKANGOL
      1Harry KaneTottenham Hotspur25
      2Jamie VardyLeicester City24
      - Sergio AgüeroManchester City24
      4Romelu LukakuEverton18
      5Riyad MahrezLeicester City17
      6Odion IghaloWatford15
      - Jermain DefoeSunderland15
      8Olivier GiroudArsenal13
      - Alexis SánchezArsenal13
      10Troy DeeneyWatford12
      - Diego CostaChelsea12
      12André AyewSwansea City11
      - Anthony MartialManchester United11
      - Gylfi SigurdssonSwansea City11
      - Marko ArnautovicStoke City11
      16Graziano PellèSouthampton10
      - Roberto FirminoLiverpool10
      - Bamidele Jermaine AlliTottenham Hotspur10
      - Sadio ManéSouthampton10
      - Shane LongSouthampton10
      21Dimitri PayetWest Ham United9
      - Georginio WijnaldumNewcastle United9
      - Andy CarrollWest Ham United9
      - Christian BentekeLiverpool9
      25Ross BarkleyEverton8
      - Philippe CoutinhoLiverpool8
      - Aleksandar MitrovicNewcastle United8
      - Daniel SturridgeLiverpool8
      - Salomón RondónWest Bromwich Albion8
      Sumber - Eurosport

      Tahniah kepada Harry Kane, pemenang Golden Boot (Kasut Emas) EPL 2015/ 2016. Siapa pula penjaring terbanyak EPL musim 2016/ 2017 kali ini?
      Viewing all 1728 articles
      Browse latest View live