Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 1728 articles
Browse latest View live

Kalendar Cuti Umum 2016 Dan Cuti Sekolah Malaysia

$
0
0
Kalendar Cuti Umum 2016 Dan Cuti Sekolah Malaysia. Berikut adalah kalendar atau senarai tarikh cuti umum dan cuti sekolah bagi negeri-negeri di dalam Malaysia untuk tahun 2016. 

Moga Kalendar Cuti Umum dan Sekolah 2016 ini akan memudahkan anda seisi keluarga dalam merancang kehidupan serta hari bercuti anda sekeluarga.
Kalendar Cuti Umum 2016 Malaysia

Kalendar Cuti Umum 2016 Malaysia

Tarikh (2016)HariCuti PerayaanNegeri
01 JanuariJumaatTahun Baru 2016Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
14 JanuariKhamisKeputeraan YDB N. SembilanNegeri Sembilan
17 JanuariAhadKeputeraan Sultan KedahKedah
24 JanuariAhadThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
01 FebruariIsninHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
08 FebruariIsninTahun Baru CinaSemua Negeri
09 FebruariSelasaTahun Baru Cina (Hari Kedua)Semua Negeri
04 MacJumaatUlang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
23 MacRabuKeputeraan Sultan JohorJohor
25 MacJumaatGood FridaySabah & Sarawak
15-AprJumaatHari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26-AprSelasaKeputeraan Sultan TerengganuTerengganu
01 MeiAhadHari PekerjaSemua Negeri
05 MeiKhamisIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
07 MeiSabtuHari Hol PahangPahang
17 MeiSelasaKeputeraan Raja PerlisPerlis
21 MeiSabtuHari WesakSemua Negeri
30 MeiIsninHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
31 MeiSelasaHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
1-JunRabuPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
2-JunKhamisPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
4-JunSabtuKeputeraan YDP AgongSemua Negeri
6-JunIsninAwal RamadanJohor, Kedah, Melaka
22-JunRabuNuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
06 JulaiRabuHari Raya Puasa/ AidilfitriSemua Negeri
07 JulaiKhamisHari Raya Puasa/ AidilfitriSemua Negeri
07 JulaiKhamisUlang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang (Penang)
09 JulaiSabtuHarijadi YDP Pulau PinangPulau Pinang (Penang)
31 OgosRabuHari Kebangsaan/ KemerdekaanSemua Negeri
10-SepSabtuHarijadi YDP SarawakSarawak
12-SepIsninHari Raya Korban/ Haji/ AidiladhaSemua Negeri
13-SepSelasaHari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha (Hari kedua)Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu
16-SepJumaatHari MalaysiaSemua Negeri
1 OktoberSabtuHarijadi YDP SabahSabah
02 OktoberAhadAwal Muharram (Maal Hijrah)Semua Negeri
14 OktoberJumaatHarijadi YDP MelakaMelaka
24 OktoberIsninKeputeraan Sultan PahangPahang
29 OktoberSabtuHari DeepavaliSemua Negeri kecuali Sarawak
6-NovAhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
11-NovJumaatKeputeraan Sultan KelantanKelantan
12-NovSabtuKeputeraan Sultan KelantanKelantan
27-NovAhadKeputeraan Sultan PerakPerak
11 DisemberAhadKeputeraan Sultan SelangorSelangor
12 DisemberIsninMaulidur RasulSemua Negeri
25 DisemberAhadHari KrismasSemua Negeri
* Hari Thaipusam - 24 Januari 2016 (TBC) - Untuk negeri KL, Putrajaya, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Penang & Selangor

Kalendar Cuti Sekolah Malaysia 2016

* Akan diumumkan selepas pengumuman rasmi daripada KPM dijangka pada September 2015



Gambar Kekecohan Penyokong Punca Perlawanan Malaysia Vs Arab Saudi Dihentikan

$
0
0
Gambar Kekecohan Penyokong Punca Perlawanan Malaysia Vs Arab Saudi Dihentikan. Perlawanan menarik Malaysia lawan Arab Saudi dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam malam ini telah dihentikan pada minit ke 88 perlawanan selepas penyokong membaling suar dan membakar mercun menyebabkan stadium dipenuhi asap tebal.Dipercayai suar dibaling dari sudut penyokong Ultras Malaya.

Ketika perlawanan dihentikan, Malaysia ketinggalan 1-2 selepas mendahului pada minit ke 70 melalui jaringan kapten, Safiq Rahim. Arab Saudi membalas 2 gol dengan pantas melalui jaringan Taseer Al Jassam min 72 & Mohammed Al Sahlawi min 76.

Kita nantikan nanti apakah perlawanan yang berbaki dua minit akan disambung sebelum atau tidak. Tetapi FAM berdepan dengan tindakan tegas dari FIFA akibat kekecohan penonton ini yang menyuarakan kemarahan terhadap FAM.
ultras malaya1
Berikut adalah sekitar gambar kekecohan penyokong yang menyebabkan perlawanan terhenti di minit ke 88. Gambar kredit FB Selangor FC
ultras malaya 6

ultras malaya2
ultras malaya3

ultras malaya 4

ultras malaya 5


Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP17 SPA

$
0
0
Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP17 SPA. Dipetik dari FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), pemohon yang layak dan belum membuat pendaftaran permohonan di SPA adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17, Jabatan Imigresen Malaysia di Portal Rasmi SPA di http://www.spa.gov.my.

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM - SPM (KUMPULAN SOKONGAN II)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 SEPTEMBER 2015 (AHAD) JAM 11.59 MALAM
Pegawai Imigresen Gred KP17 SPA


Spesifikasi iPhone 6S Dan 6S Plus Yang Baru 2015

$
0
0
Spesifikasi iPhone 6S Dan 6S Plus Yang Baru Dilancarkan 2015. Peminat produk dari Apple yang menantikan produk baru iaitu iPhone 6S dan 6S Plus, ianya telah dilancarkan pagi 9 September 2015 di  Auditorium Bill Graham Civic di San Francisco, Amerika Syarikat.

Syarikat elektronik gergasi Amerika Syarikat inu juga memperkenalkan tablet gergasi iaitu iPad Pro. Sesuai dengan perkembangan teknologi dan keperluan pengguna, Apple telah menggantikan kamera pada iPhone yang baru dengan versi 12MP manakala kamera depan turut dinaiktaraf. Kamera depan kini tampil dengan versi 5MP supaya selfie yang diambil oleh pengguna akan lebih baik dan berkualiti daripada sebelum ini.
iPhone 6S Dan 6S Plus

Spesifikasi iPhone 6S Dan 6S Plus

Bagi peminat Apple yang berminat dengan produk terbaru ini (Harga pasaran Malaysia bagi kedua-dua gajet Apple itu, bagaimanapun masih belum diumumkan), berikut adalah perkara-perkara atau spesifikasi yang perlu anda tahu mengenai gajet terbaru Apple ini seperti dikongsikan dari Astro Awani:
ipad pro

iPad Pro

1. iPad Pro muncul dengan saiz skrin berukuran 12.9 inci, paparan retina beresolusi 2732 x 2048 piksel yang akan memudahkan pengguna menonton video ataupun bermain permainan video.

2. iPad Pro merupakan tablet yang terbesar dalam pasaran Apple, yang disasarkan kepada golongan professional. 

3. iPad Pro menggunakan chipset A9X yang memiliki kepantasan dua kali ganda berbanding chipset A8x yang digunakan pada iPad Air 2.

4. Kamera 8 megapiksel.

5. iPad Pro dilengkapi dengan aksesori-aksesori kibod pintar dan stylus Apple yang dipanggil iPencil.

6. Dengan ketebalan 6.9mm, kelebaran iPad Pro dikatakan sama dengan ketinggian iPad Air.

7. Menurut Apple, iPad Pro boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat mulai November ini.

iPhone 6S Dan 6S Plus 2

iPhone 6S dan 6S Plus

1. Apple melancarkan dua edisi iPhone terbaharunya sejajar dengan sasaran syarikat memperkenalkan telefon bimbit berskrin lebih besar.

2. Gajet terbaru ini dilengkapi sebagai sentuhan tiga dimensi yang bertindak balas apabila sentuhan dibuat atas skrin yang membolehkan pengguna melihat aplikasi dan mesej di dalamnya.

3. Edisi terbaru ini menggunakan sistem operasi IOS9 yang menyokong elemen sentuhan 3 Dimensi terbaharu atau ‘3D touch'.

4. iPhone 6S muncul dengan saiz 4.7 inci skrin paparan manakala 6S Plus dengan saiz skrin 5.5 inci.

5. Piksel kamera juga akan dinaik taraf kepada 12 megapiksel.

6. Tambahan dalam koleksi warna telefon iaitu warna ‘rose gold’.

7. Kamera depan dilengkapi dengan 'flash'. 


8. Perisian dalam edisi ini disokong dengan pemprosesan data lebih bertenaga yang membolehkan paparan lebih menarik bagi data berbentuk grafik.


Tanda-tanda awal penyakit Kencing Manis Dan Cara Kawalan

$
0
0

Tanda-tanda Awal Penyakit Kencing Manis Dan Cara Kawalan. Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
kencing manis
Diabetes

Tanda-tanda Penyakit Kencing Manis Atau Diabetes Dan Cara Mengawal

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila  Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

Insulin

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
  1. Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  2. Sering ketandas.
  3. Terasa badan lemah.
  4. Berat badan turun dengan cepat
  5. Penglihatan semakin kabur.
  6. Terasa pening kepala.
  7. Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Golongan Berisiko Tinggi

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
  1. Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
  2. Mereka yang berat badan agak tinggi
  3. Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
  4. Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
  5. Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Cara Mengesan Kencing Manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

Cara Mengelak Kencing Manis

  • Perubahan cara hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -

  • Pemakanan
Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

  • Senaman
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

  • Penjagaan Berat Badan
Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

  • Pemeriksaan Diri Sendiri
Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.  Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

  • Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan atau secara berkala
Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

  • Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

Sumber 


Artilek menarik lain :
1. Panduan Solat Qasar & Jama' - link
2. Panduan Solat Taubat - link
3. Panduan Mandi Junub Yang Betul - link
4. Doa Ringkas Selepas Solat - link 
5. Hukum Forex - link

Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ Tahun 2015 Online

$
0
0
Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ Tahun 2015 Online. Dipetik dari Laman Web Rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), adalah dimaklumkan yang permohonan pinjaman pelajaran YPJ Sesi 6 Tahun 2015 boleh di buat secara online sehingga tarikh tutup pada 23 September 2015.


Untuk pelajar yang berminat, anda boleh merujuk kepada maklumat dan informasi permohonan secara online dengan mengklik link di bawah ini :-

  1. Syarat Permohonan Pinjaman YPJ Dalam Negara
  2. Syarat Permohonan Pinjaman YPJ Luar Negara
  3. Panduan Permohonan Secara Online
  4. Panduan Mengisi Borang Permohonan Secara Online
  5. Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Dan Bapa Bagi Permohonan Pinjaman YPJ
Pinjaman Pelajaran YPJ Online

Cara Buat Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ Tahun 2015 Online




Bacaan Ayat Suci Al-Quran Online

$
0
0
Al-Quran online

Bacaan Ayat Suci Al-Quran Online

Dengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara online yang dibaca dengan sangat merdu oleh para Qari-qari terkenal seperti Abdulrahman Alsudaes dan lain-lain lagi. Bacaan ayat suci Al-Quran secara online ini dikongsikan oleh TVQuran.com





Keputusan Terkini Piala Malaysia 12 September 2015

$
0
0
Keputusan Terkini TM Piala Malaysia 12 September 2015. Tujuh perlawanan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia 2015 perlawanan pertama berlangsung malam ini, Sabtu, 12 September 2015. Pada perlawanan Kumpulan B semalam, JDT menewaskan Perak 2-0 di Stadium Larkin.

Berikut adalah keputusan terkini dan penuh perlawanan Piala Malaysia 12 September 2015 :-
Keputusan TM Piala Malaysia 2015

TARIKHKUMP   HOMEVSAWAYMASASTADIUM
11 SEPT 2015 (JUMAAT)BJDT2VS 0PERAK845 MALAMSTD TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS, LARKIN
12 SEPT 2015 (SABTU)ATERENGGANU 0VS 0JDT II845 MALAMSTD SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, GONG BADAK
ALIONS XII1VS 1KEDAH745 MALAMSTD JALAN BESAR, SINGAPURA
BSARAWAK 1VS 0ATM845 MALAMSTD NEGERI KUCHING
CSELANGOR0VS 3KELANTAN845 MALAMSTD SHAH ALAM
CFELDA UNITED3VS 0T-TEAM845 MALAMSTD MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
DPAHANG4VS 3PDRM845 MALAMSTD DARUL MAKMUR
DPULAU PINANG0VS 3PKNS FC845 MALAMSTD BANDARAYA

CARTA TERKINI KEDUDUKAN PASUKAN 12 SEPTEMBER 2015
Piala Malaysia 12 September 2015



Keputusan Pilihan Raya Umum Singapura 2015

$
0
0
Keputusan Pilihan Raya Umum Singapura 2015. Pilihan raya umum Singapura ke-17 tahun 2015 telah diadakan pada 11 September 2015. Tempoh persidangan Parlimen Singapura adalah selama lima tahun dan ianya hendaklah dibubarkan oleh Presiden Singapura dalam masa lima tahun. Ini merupakan pilihan raya umum ke-17 bagi Singapura dan ke-12 sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1965. Pada pilihan raya umum 2011, PAP kekal berkuasa selepas memenangi 81 daripada 87 kerusi yang dipertandingkan ketika itu.
 Untuk Pilihan Raya Umum Singapura 2015, Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah kembali berkuasa selepas memenangi 83 daripada 89 kerusi parlimen dengan meraih 69.86 peratus undi popular. PAP yang merupakan parti memerintah sejak tahun 1959 lagi telah berjaya meraih 69.86 peratus undi keseluruhan dalam Pilihan Raya Umum 2015, iaitu peningkatan hampir 10 peratusan mata berbanding pada 2011. 
Pilihan Raya Umum Singapura 2015
PAP turut berjaya merampas semula kerusi kawasan tunggal (SMC) Punggol East manakala parti pembangkang, Parti Pekerja telah memenangi enam kerusi serta mengekalkan kubu kuatnya kawasan perwakilan kumpulan Aljunied dan Hougang SMC dengan margin berkurangan.

PAP menerima lebih 70 peratus perkongsian undi di 15 daripada 29 bahagian pilihan raya dengan tiga prestasi terbaik di Jurong GRC (kawasan pilihan raya Kumpulan Perwakilan) (79.28 peratus), Ang Mo Kio GRC (78.63 peratus) dan West Coast GRC (78.57 peratus).

Pada pilihan raya umum 2015, calon-calon dari sembilan parti politik termasuk PAP bertanding bagi 16 kerusi GRCdan 13 kerusi SMC untuk mengisi 89 kerusi Parlimen.

Lapan lagi parti ialah Parti Pekerja yang bertanding (28 kerusi), Parti Rakyat Singapura (lapan), Parti Demokratik Singapura (11), Parti Perpaduan Nasional (12), Perikatan Demokratik Singapura (enam), Parti Reformasi (11), Parti Warga Diutamakan (10) dan Parti Kuasa Rakyat (empat).


Tarikh Pembentangan Bajet 2016 Malaysia

$
0
0
Tarikh Pembentangan Bajet 2016 Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2016 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober 2015.Fokus Bajet 2016 adalah untuk memperkukuh pertumbuhan, memperluas keterangkuman dan memastikan kemampanan fiskal. 

Tarikh Pembentangan Bajet 2016 Malaysia - 23 Oktober 2015


Bajet 2016 akan menjadi bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentang di Parlimen pada 21 Mei. Anda boleh melayari Laman Web Bajet 2016 di BAJET 2016.
Bajet 2016
 “Sasaran makro dan strategi meluas yang digariskan di bawah RMK11 akan direalisasikan melalui bajet tahunan.

“Bajet tahunan merupakan blok kritikal ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020,”
Kerajaan juga akan membentangkan hasil kutipan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2016 disamping menyenaraikan hasil yang dikutip daripada GST dan apa yang dilakukan untuk pembangunan ekonomi.

Senarai Terkini SBP Sekolah Berasrama Penuh Malaysia

$
0
0
Senarai Terkini Lokasi SBP Sekolah Berasrama Penuh Malaysia. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah kumpulan sekolah menengah perdana yang dikhaskan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dan PT3. Sesi kemasukan adalah di Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang akan di buka permohonan secara online.

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
lokasi sbp
Tujuan asal penubuhan SBP ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Secara amnya 90% komposisi pelajar adalah pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.

Senarai Terkini Lokasi SBP Sekolah Berasrama Penuh Malaysia :-

NONEGERINAMA SBP
1PERLIS1Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar (SMSTSP)
2KEDAH2Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra (SMSAH)
3Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (I-KUPS)
4Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (KUPSIS)
5Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA)
6Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani (SMOJI)
3PENANG7Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SAKBA)
8Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam (SMSTSSS)
4PERAK9Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
10Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR)
11Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (I-GOP)
12Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA)
13Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS)
14Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA)
15Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)
5SELANGOR16Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (KISAS)
17Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP)
18Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR)
19Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (INTESABER)
20Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
21Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS)
22Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
23Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS)
6KL24Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (INTEGOMB)
25Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras (ASIS)
26Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras (SMSS)
27Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Sentul (SESERI)
7PUTRAJAYA28Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
8N SEMBILAN29Kolej Tunku Kurshiah, Seremban (TKC)
30Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban (SDAR)
31Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ)
32Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)
33Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban (SGS)
34Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA)
35Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah (STJ)
36Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban (SASER)
9MELAKA37Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (SISME)
38Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Ayer Keroh (MOZAC)
10JOHOR39Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (STF)
40Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (SEHEBAT)
41Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (SMSJ)
42Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI)
43Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)
44Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM)
45Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing (ISKANDAR)
11PAHANG46Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH PEKAN)
47Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK)
48Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (SBPIT)
49Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan (INSTAR)
50Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB)
51Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS)
52Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub (SEMESTA)
12TERENGGANU53Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRAINS)
54Sekolah Menengah Sains Dungun (SEMERDU)
55Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT)
56Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)
57Sekolah Menengah Sains Setiu (SAIS)
58Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (SESMA)
13KELANTAN59Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GUAMS)
60Sekolah Menengah Sains Jeli (JeSS)
61Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
62Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SCIPP)
63Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa (SMSTMFP)
14SARAWAK64Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU)
65Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA)
66Sekolah Menengah Sains Miri (SAINSRI)
15SABAH67Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (SEMSALD)
68Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu (SMESH)
16LABUAN69Sekolah Menengah Sains Labuan (SMEXCEL)

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2015 Di Malaysia

$
0
0
Tarikh Hari Raya Haji Atau Aidiladha 2015 Di Malaysia. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman mengumumkannya yang umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 24 September 2015.

Berikut adalah pengumuman mengenai Tarikh Hari Raya Haji atau Aidiladha yang telah di buat pada malam Ahad, 14 Sept 2015 :-

Tarikh Hari Raya Aidiladha Di Malaysia - 24 September 2015

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 September 2015.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 September 2015,"
Hari Raya Aidiladha 2015


Siaran Langsung South China Vs JDT AFC Cup 15 September 2015

$
0
0
Live Streaming South China Vs JDT AFC Cup 15 September 2015. Suku akhir ke 2 Piala AFC 2015 di antara South China FC dan Johor Darul Takzim (JDT) akan berlangsung malam esok, Selasa jam 800 malam. 

Pada perlawanan pertama di Larkin, JDT hanya mampu seri 1-1 dengan wakil Hong Kong ini. Saksikan perlawanan ini secara langsung live streaming dari Stadium Mongkok, Hong Kong di Bintang Sukan jam 800 malam. LIVE boleh diikuti di FOX Sports, Astro Saluran 812 dan 832 HD
TV9 akan turut menyiarakan perlawanan tetapi secara tertunda jam 930 malam

Satu lagi wakil Malaysia iaitu Pahang akan bertemu Istiklol di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada hari Rabu, jam 8.45 mlm. Pada Suku akhir pertama, Pahang tewas 4-0.
live streaming South China Vs JDT AFC Cup 15 September 2015
Kesebelasan utama JDT :-Marcos, Aidil, Safiq, Leandro, Safee, Kunanlan, Hariss, Mahali, Figueroa, Izham and Fazly 

Keputusan Penuh
South China :  1 - Mahama Awal min 27
JDT : 3 - Mahali Jasuli min 25, Safee Sali min 29 & 45 +2
* Luciano Fiqueroa : Kad Merah min 35 
** JDT layak ke separuh akhir AFC Cup 2015 dengan agg 4-2

Keputusan Terkini JDT Vs South China 15 September 2015 AFC Cup

$
0
0
Keputusan Terkini JDT Vs South China 15 September 2015 AFC Cup. Perlawanan Suku Akhir ke 2 Piala AFC 2015 dengan wakil tuan rumah, South China AA bakal menentukan hidup mati JDT di pentas Asia musim ini. JDT perlu menang untuk mencipta sejarah sebagai pasukan Malaysia pertama layak ke Separuh AKhir AFC Cup. 

Tugas berat menanti JDT dalam aksi suku akhir kedua menentang South China AA esok di Stadium Mong Kok, Hong Kong, kerana pada pusingan pertama, JDT hanya mampu seri 1-1 di Larkin. 
score JDT Vs South China 15 September 2015 AFC Cup
Buat peminat bola sepak Malaysia semua, anda boleh menonton secara LIVE di kaca TV anda jam 8:00 malam di FOX Sports, Astro Saluran 812 dan 832 HD serta Siaran Tertunda jam 9:30 malam di TV9. Anda juga boleh menonton secara Live Streaming di Bintang Sukan
.
Berikut adalah keputusan Terkini dan penuh perlawanan JDT vs South China AA, Selasa, 15 September 2015, 800 malam :-

KEPUTUSAN PENUH JDT VS SOUTH CHINA AA 15 SEPT 2015


Kesebelasan utama JDT :-
Marcos, Aidil, Safiq, Leandro, Safee, Kunanlan, Hariss, Mahali, Figueroa, Izham and Fazly
SOUTH CHINA AA ............. 1 VS  JDT  ................................ 3
(Agg 2-4)
South China :  Mahama Awal min 27
JDT : Mahali Jasuli min 25, Safee Sali min 29 & 45 +2
  • Luciano Fiqueroa dilayangkan Kad Merah pada min 35 
  • JDT layak ke separuh akhir AFC Cup 2015 dengan kemenangan agg 4-2 
  • JDT akan menanti Qadsia SC (Kuwait) untuk Semi Final pada 29 September - Kuwait dan 20 Oktober 2015 - Johor.

Sekolah Di Selangor, KL, Putrajaya, NS Dan Melaka Di Arah Tutup 15 September 2015

$
0
0
Sekolah Di Selangor, KL, Putrajaya, NS Dan Melaka Di Arah Tutup 15 September 2015. Akibat keadaan jerebu yang semakin teruk di Malaysia, sekolah-sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka di arah untuk ditutup pada Selasa, 15 September 2015.


Untuk menyemak status bacaan IPU terkini boleh klik di SINI

Senarai Sekolah Diarah Tutup Kerana Jerebu 

Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

sekolah tutup kerana jerebu
"Kami akan mengemas kini adakah perlu sekolah di buka semula pada esok pagi," katanya ketika ditanya sama ada pelajar perlu kembali ke sekolah pada hari Khamis. Rabu adalah Hari Malaysia yang merupakan cuti umum bagi Malaysia
Untuk makluman, cuti sekolah akan bermula Sabtu ini di semua negeri dan pada Jumaat di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

Terkini

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 15 Sept 2015 (Selasa) mengumumkan yang sekolah yang ditutup akan dibuka semula apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah bacaan 150.

16 Sept 2015

Kementerian Pendidikan memaklumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka semula pada Khamis, 17 Sept 2015 berikutan keadaan jerebu yang semakin pulih.

Dalam satu kenyataan, kementerian memberitahu keputusan itu dibuat setelah meneliti bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara sehingga petang Rabu.



Semakan Keputusan Rayuan UPU 2015/ 2016 Ambilan Kedua

$
0
0
Semakan Keputusan Rayuan UPU Ke IPTA Sesi 2015/ 2016 Ambilan Kedua. Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA (UA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKAlepasan SPM/ STPM dan setaraf bagi sesi kemasukan 2015-2016, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU melalui aplikasi e-Rayuan seperti di bawah ini. 
Klik Applikasi e-Rayuan UPU 2015  

Permohonan e-rayuan akan dibuka dari 11 hingga 21 Ogos 2015. Semakan Keputusan Rayuan Ke UPU 2015/ 2016 Ambilan kedua STPM dan setaraf pula akan diumumkan pada 15 September 2015, jam 12 tengahari.

Semak Keputusan Rayuan UPU Ke IPTA Sesi 2015/ 2016

Sila klik https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/rayuan/index.php untuk membuat semakan

* Jika anda gagal dalam rayuan ambilan kedua, anda boleh menghubungi UA yang berkaitan untuk membuat rayuan. Pengambilan tertakluk kepada budi bicara dan kekosongan di UA berkenaan. 
e-rayuan upu
Cara buat semakan
  • Semakan secara onlineSemakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah: Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2015  - http://upu.moe.gov.my/web/pendaratan.php
  • Semakan melalui SMSBerikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS: Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]Contoh: UPU  RESULT  970222016745Hantarkan SMS ke 15888

Jadual Dan Keputusan Liga Juara-Juara Eropah 2015/ 2016

$
0
0
Berikut adalah Jadual Dan Keputusan Terkini UEFA Champions League atau Liga Juara-Juara Eropah Musim 2015-2016. Sepanyol merupakan negara pertama yang mempunyai 5 wakil atau pasukan dalam pertandingan bolasepak berprestij dunia ini dengan penyertaan pasukan Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, Valencia dan Sevilla.

Jadual Dan Keputusan Terkini UEFA Champions League 2015/ 2016

England diwakili oleh Chelsea, Man City, Arsenal dan Man United manakala Jerman oleh Bayern Munich, Wolfsburg, Borussia Monchengladbach dan Bayer Leverkusen.
UEFA Champions League 2015/ 2016

Berikut adalah Jadual dan Keputusan Terkini UEFA Champions League 2015 Musim 2015/ 2016 (Sila rujuk kepada widget di bawah ini) :-

UEFA Champions League 2015/ 2016 - Peringkat Kumpulan

  • Group A: Paris Saint-Germain, Real Madrid, Shakhtar Donetsk, Malmo
  • Group B: PSV, Manchester United, CSKA Moscow, Wolfsburg
  • Group C: Benfica, Atletico Madrid, Galatasaray, Astana
  • Group D: Juventus, Manchester City, Sevilla, Borussia Monchengladbach
  • Group E: Barcelona, Bayer Leverkusen, Roma, BATE
  • Group F: Bayern Munich, Arsenal, Olympiacos, Dinamo Zagreb
  • Group G: Chelsea, Porto, Dynamo Kiev, Maccabi Tel-Aviv
  • Group H: Zenit, Valencia, Lyon, Gent

Jadual Dan Keputusan UEFA Champions League 2015/ 2016


Football results provided by whatsthescore.com


Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu

$
0
0
Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu. Berikut adalah Tips Pemakanan Yang Sihat Ketika Musim Jerebu seperti dikongsikan dari FB Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemakanan yang  sihat  adalah penting  semasa musim berjerebu  untuk mempertahankan  sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri kita dari mendapat pelbagai  penyakit yang ada kaitan dengan jerebu.

Untuk Panduan dan Tips Kesihatan ketika Jerebu boleh di rujuk di Kesihatan Semasa Jerebu.

Anda boleh menyemak status IPU Terkini di link di bawah ini
KLIK SINI 
Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas  akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini  adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.

Berikut adalah Tips Pemakanan Yang Sihat Ketika Musim Jerebu untuk panduan bersama :-

Jerebu
  1. Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga  8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi.
  2. Minum Jus serta makan  buah – buahan  dan sayur- sayuran  yang  kaya dengan  antioksida, vitamin, mineral dan serat   bagi membantu melawan penyakit.
  3. Elakkan pengambilan  minuman yang mengandungi banyak kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol  yang  boleh menyebabkan pembuangan  air kencing yang  kerap dan boleh menyebabkan  dehidrasi.
  4. Pengambilan air suam adalah digalakkan  berbanding  minuman sejuk /berais  kerana  tubuh badan  akan kehilangan   haba  dengan  cepat yang perlu diganti semula.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang  menyebabkan  kehausan dan  dehidrasi seperti makanan masin  atau bergaram.
  6. Makan pelbagai makanan mengikut keperluan  untuk memastikan tubuh mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.
  7. Pastikan  semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih, dimasak  dan disimpan dalam keadaan yang sesuai  sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.
  8. Kekal  aktif  di tempat  yang  sesuai ( Dalam bangunan  /rumah)  tetapi  elakkan atau kurangkan  aktiviti di luar  rumah. Elakkan merokok  kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan pencemaran udara.
  9. Anda digalakkan makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau berada di dalam bangunan. Lebih baik bungkus makanan dan makan di rumah bersama keluarga.

Siaran Langsung Pahang Vs Istiklol FC 16 Sept 2015

$
0
0
Live Streaming Pahang Vs Istiklol FC 16 Sept 2015AFC Cup. Pahang akan menanti kunjungan kelab Istiklol FC pada perlawanan kedua Suku Akhir AFC 2015 malam ini. Perlawanan akan bermula jam 845 malam di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pahang memerlukan keajaiban untuk mengatasi defisit 4 gol untuk layak sebagai pasukan Malaysia kedua ke Separuh AKhir Piala AFC setelah JDT berjaya layak setelah menewaskan South China AA dengan aggregat 4-2 malam tadi. 
live streaming Pahang Vs Istiklol FC 16 Sept 2015

Live Streaming Pahang Vs Istiklol FC 16 Sept 2015

Berikut disertakan pautan Live streaming Pahang vs Istiklol FC jam 845 malam, Rabu, 16 Sept 2015 yang bakal disiarkan di TV9
KLIK BINTANG SUKAN
KLIK TV9


Kesebelasan Pemain Pahang

Nasril Nourdin (GK)
Damion Stewart
Saifulnizam Miswan
AB Aziz
Zesh Rehman
Matthew Davies
R Surendren
Hafiz Kamal
Azammuddin Akil
Matias Conti
Dickson Nwakaeme

Subs:
Khairul Azhan
Shahrizan Salleh
Saarvindran
Fauzi Rozlan
R Gopinathan
Rizua Syafiqi
Muhammad Ashar

 

Keputusan Terkini Pahang Vs Istiklol FC 16 Sept 2015 AFC Cup

$
0
0
Keputusan Terkini Pahang Vs Istiklol FC 16 Sept 2015 AFC Cup. Berikut adalah keputusan terkini dan penuh perlawanan Pahang vs Istiklol FC, perlawanan kedua Suku Akhir AFC Cup 2015 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Mampukah Pahang yang tewas kepada Istiklol FC 0-4 untuk membuat comeback? Semuanya akan terjawab malam ini jam 845 malam. Ianya nampak sukar tetapi dalam bolasepak semuanya boleh terjadi dan jika ianya berlaku maka ianya akan menjadi sejarah lagi setelah JDT berjaya layak ke Separuh Akhir menewaskan South China AA malam semalam di Hong Kong.
result Pahang Vs Istiklol FC 16 Sept 2015 AFC Cup

Keputusan Terkini Pahang Vs Istiklol FC 16 Sept 2015 AFC Cup

  • Pahang 3 (Hafiz Kamal 31', 58', Saarvindran 90')
    FC Istiklol 1 (Makhmudov 60')

    Agg (PAH 3 - 5 ISTIKLOL)
  • Live streaming Pahang Vs Istiklol FC
  • KLIK LIVE STREAMING

Kesebelasan Pemain

Nasril Nourdin (GK)
Damion Stewart
Saifulnizam Miswan
AB Aziz
Zesh Rehman
Matthew Davies
R Surendren
Hafiz Kamal
Azammuddin Akil
Matias Conti
Dickson Nwakaeme

Subs:

Khairul Azhan
Shahrizan Salleh
Saarvindran
Fauzi Rozlan
R Gopinathan
Rizua Syafiqi
Muhammad Ashar


Viewing all 1728 articles
Browse latest View live