Johor Cuti Peristiwa Esok 15 Mei 2016 Jika Menang Piala FA. Johor cuti esok? Berita baik buat semua rakyat Negeri Johor apabila Sultan Johor menitahkan Kerajaan Negeri mengisytharkan cuti peristiwa (tidak perlu ganti) pada Ahad, 15 Mei 2016 jika JDT menang Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam malam ini.
Johor Cuti Peristiwa Esok Ahad, 15 Mei 2016
Menurut BH online, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan sendiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi."Selepas berbincang bersama Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti ganti). "Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa sebentar tadi jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini,"* Berita lanjut akan menyusul