Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728

Jadual Peperiksaan SPM 2016 Sijil Pelajaran Malaysia

$
0
0
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016 Sijil Pelajaran Malaysia. Anda akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini? Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2016 yang dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Peperiksaan bertulis SPM 2016 akan diadakan bermula 7 November hingga 6 Disember 2016. Untuk makluman, tarikh keputusan peperiksaan SPM 2015 pula akan diumumkan pada 3 Mac 2016 menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Untuk jadual penuh peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PT3, STAM dan lain-lain lagi sila rujuk di Takwim Peperiksaan Awam 2016.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis SPM 2016 mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan. Untuk koleksi soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas sebagai rujukan, sila rujuk di Soalan SPM.
jadual waktu peperiksaan spm 2016
Jadual waktu Peperiksaan SPM 2016 2
Jadual waktu Peperiksaan SPM 2016 3
Jadual waktu Peperiksaan SPM 2016 4
Jadual waktu Peperiksaan SPM 2016 5
Jadual waktu Peperiksaan SPM 2016 6

Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon

Calonyang menduduki peperiksaandi bilik / dewan peperiksaan dilarang:
  • 1. membawa  masuk  sebarang  catatan  sama  ada  pada  pakaian  atau  anggota  badan,  nota,  dokumen  seperti  buku,  lukisan,  grafik, akhbar,  kamus,  kertas,  Jadual  Waktu  Peperiksaan  serta  telefon  bimbit,  alat-alat  komunikasi  atau  peranti  elektronik,  bekas  alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  • 2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  • 3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  • 4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  • 5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  • 6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkantanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  • 7.menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  • 8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  • 9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan  tindakan  tatatertib.  Menurut  Peraturan-Peraturan  Pendidikan  (Penilaian  dan  Peperiksaan)  1997  dalam  Akta  Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang  disifatkan  sebagai  suatu  salah  laku  serius  oleh  Lembaga  Peperiksaan.  Calon  yang  disabitkan  dengan  mana-mana  salah  laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

  • 1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
  • 2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
  • 3.keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal 

Muat Turun/ Download Jadual Waktu Pepepriksaan SPM 2016

* Untuk download atau memuat turun Jadual Peperiksaan SPM 2016 Sijil Pelajaran Malaysia dalam PDF, sila klik Jadual Waktu SPM 2016. Diucapkan selamat berjaya buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan hujung tahun 2016 nanti.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728