Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728

Permohonan MyDeposit 2018 Skim Pembiayaan Rumah Pertama

$
0
0
Borang Permohonan Skim MyDeposit 2018 Pembiayaan Rumah Pertama Online. Ramai Rakyat Malaysia yang inginkan rumah pertama sendiri namun pembayaran deposit rumah kerap kali menjadi isu berbangkit dan penghalang untuk mereka memiliki rumah. Langkah kerajaan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi pembeli rumah pertama dalam Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama yang diperkenalkan pada tahun 2016 merupakan satu peluang terbaik untuk mereka memiliki rumah khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan.

Kini Skim MyDeposit diteruskan untuk tahun 2018. Walau bagaimanapun, MyDeposit 2018 hanya mempunyai peruntukan kuota yang terhad. Mereka yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan kadar segera selepas permohonan MyDeposit di buka pada tarikh yang akan dikemaskini kelak.

Borang Permohonan MyDeposit 2018 online

Skim MyDeposit Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Objektif utama Skim Deposit Rumah Pertama 2018 Online ini seperti dibentangkan dalam Bajet 2018 adalah membantu pembeli rumah pertama memiliki rumah mampu milik dengan memberi bantuan bayaran deposit sekaligus meringankan beban rakyat.

Maklumat Penting Skim MyDeposit

Berikut dikongsikan di antara kelebihan dan manfaat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) :-
  1. Akan dilaksanakan bermula * Akan dikemaskini
  2. Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) dengan pendapatan isu rumah di antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan membeli rumah
  3. Pemberian sumbangan 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama untuk membantu mereka membeli rumah berharga RM80,000 hingga RM500,000. 
  4. Pemohon boleh membuat permohonan secara online (atas talian) menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  5. Applikasi permohonan MyDeposit : * Akan dikemaskini (Applikasi tahun lepas : Sila klik daftar atau log masuk untuk memohon)

Syarat Permohonan MyDeposit

    Pelaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima oleh KPKT adalah berdasarkan kepada kelayakan seperti berikut :
    1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan;
    2. Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;
    3. Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;
    4. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
    5. Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
    Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :
    1. Projek perumahan baru yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
    2. Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
    3. Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

    Cara Hubungi

    Cawangan Pengurusan Perumahan
    - 03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460

    Bahagian Teknologi Maklumat
    - 03-8891 4478


    Sila layari Laman Web Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di http://www.kpkt.gov.my/ untuk keterangan/ pengumuman penting yang lebih lanjut mengenai Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2018 Online.
    Sumber : MyDeposit

    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 1728