Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

$
0
0
Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS. Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan UPSR 2017 diumumkan? Semakan Online dan SMS result UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah)? Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, keputusan UPSR 2017 akan diumumkan pada hari Khamis, 23 November 2017. Pada tahun lepas, keputusan UPSR 2016 telah diumumkan pada hari Khamis juga iaitu pada 17 November 2016. Untuk makluman, keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 telah diumumkan secara rasmi pada hari Selasa 17 November 2015. 

Tahun ini, terdapat seramai 443,794 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksan UPSR di sebanyak 8,085 pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Seramai 51,363 petugas pula telah dilantik bagi memastikan perjalanan peperiksaan berjalan lancar. 


Tarikh rasmi keputusan upsr 2017 diumumkan

Cara Semak Keputusan UPSR 2017 Dan Tarikh Rasmi

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan UPSR 2017 melalui beberapa kaedah semakan. Calon-calon perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan UPSR mereka. Slip keputusan boleh diambil bermula dari pukul 10 pagi pada hari keputusan UPSR 2017 diumumkan. 

Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS. 
  • Tarikh Keputusan UPSR 2017 Diumumkan : 23 November 2017 - Khamis (Tahun lepas pada 17 November 2016 (Khamis)) 

Contoh Semakan Keputusan UPSR 2017 Melalui SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS 15888. 
  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888 
  2. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888 
Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2017 ini akan diaktifkan bermula 100 pagi, 23 November 2017 sehingga 29 November 2017 jam 600 petang
Tahun 2016 pada jam 10.00 pagi pada hari Khamis, 17 November 2016 sehingga jam 11.59 malam, 23 November 2016. 

Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX. 

Semakan UPSR 2017 Online 

Sistem semakan akan dikongsikan (jika ada disediakan) pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan. 
  1. Klik SPPAT 
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada ruangan yang disediakan 
Nota Mulai tahun 2017: Keputusan UPSR dan PT3 mesti mengandungi bahagian keputusan akademik, psikometrik, sukan dan lain-lain lagi mengikut PBS. Berbanding sebelum ini yang hanya mempamerkan keputusan akademik sahaja. Langkah ini dibuat agar ibu bapa dapat mengamati keputusan akademik, sahsiah, sukan para pelajar dan seumpamanya yang ditaksir oleh sekolah. 

* Borang permohonan Semak Semula/ Kes T UPSR boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan. Klik BORANG SEMAK SEMULA UPSR

Buat pelajar Darjah 6 tahun 2017, selamat membuat Semakan Keputusan UPSR 2017 secara Online Dan SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728