Semakan PLKN 2018 Online : Status Permohonan Kemasukan Sukarela Dan Penempatan Pelatih. Pelaksanaan PLKN 2.0 diteruskan bagi pengambilan pelatih siri 15/ 2018. Dasar pemilihan bakal pelatih adalah secara sukarela bagi murid Tingkatan 5 tahun 2017 (dilahirkan pada tahun 2000) yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran Fasa 2. Pelajar kelahiran tahun 1998/ 1999 juga boleh menyertai PLKN 2.0 2018. Bagaimana cara membuat semakan PLKN 2018 iaitu Status Permohonan Kemasukan Sukarela Dan Penempatan Pelatih?
PLKN 2.0 berwajah baru di mana Kerajaan telah memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul baru latihan PLKN boleh dirujuk di Modul PLKN 2.0
PLKN 2.0 berwajah baru di mana Kerajaan telah memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul baru latihan PLKN boleh dirujuk di Modul PLKN 2.0
Semakan PLKN Siri 15/ 2018 : Status Permohonan Kemasukan Sukarela Dan Penempatan Pelatih
Kaedah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 pada tahun 2016/ 2017/ 2018 akan diberi nafas baru dengan pengambilan di buat secara sukarela seperti diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dasar pemilihan baru pelatih adalah secara sukarela bagi murid tingkatan 5 yang berminat melanjutkan latihan kemahiran teknikal. Disamping itu, pencalonan murid juga boleh dicalonkan oleh guru-guru dan perlu mendapat persetujuan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.
Sekolah sasaran yang telah ditetapkan oleh JLKN adalah seperti berikut :-
Panduan Pencalonan Pelatih PLKN 2018
Ianya adalah berdasarkan panduan asas pencalonan, peratusan negeri, pecahan kaum dan jantina mengikut kesesuaian bilangan sekolah dan komposisi kaum.Sekolah sasaran yang telah ditetapkan oleh JLKN adalah seperti berikut :-
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Agama (SMA)
- Sekolah Agama Menengah (SAM)
Asas Utama Pencalonan Pelatih
Berikut adalah asas utama (panduan am) pencalonan untuk pelatih PLKN 2018 siri 15/ 2018 :-- Permohonan pelatih adalah secara sukarela melalui sekolah. Jika guru mencalonkan nama pelajar, ianya mestilah mendapat kebenaran murid dan ibu bapa
- PLKN 2.0 terbuka kepada murid Tingkatan 5 tahun 2017 dan berminat untuk ke Fasa 2 iaitu menyambung pendidikan dalam bidang kemahiran yang ditawarkan berdasarkan keputusan SPM yang sesuai
- Calon mestilah Warganegara Malaysia, siahat tubuh badan/ fizikal dan tidak berpenyakit kronik
- Pencalonan mengikut pecahan kaum dan jantina yang bersesuaian bilangan sekolah di setiap negeri dan komposisi kaum di sekolah-sekolah
- Permohonan pelatih adalah bagi kelahiran tahun 2000 dan terbuka kepada pelajar lepasan sekolah yang berminat bagi tahun kelahiran 1998 dan 1999 boleh memohon melalui laman web www.khidmatnegara.gov.my
- Proses pemilihan akan memberikan keutamaan kepada CALON SUKARELA dan BERMINAT KE FASA 2, walau bagaimanapun proses penempatan adalah tertakluk kepada keputusan JLKN yang bergantung kepada jumlah pemilihan bagi tahun tersebut
- Calon pelatih akan ditempatkan di dalam kem di negeri pelatih melainkan kem-kem di dalam negeri pelatih tidak dapat menampung calon pelatih
- Keputusan untuk menjalani PLKN siri 15/ 2018 akan dikeluarkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih ke alamat sekolah untuk diagihkan kepada pelatih sebelum cuti persekolahan akhir tahun
Semakan Online PLKN 2018 (Siri 15/ 2018)
Berikut disertakan cara buat semakanPLKN 2018 iaitu Semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela dan juga semakan penempatan pelatih yang boleh disemak secara online dan melalui kaedah SMS. Untuk makluman, calon yang terpilih untuk menyertai PLKN 2018 akan dihubungi melalui surat rasmi.
Kaedah Semakan Online
Semakan Semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela dan semakan penempatan pelatih PLKN 2018 boleh dibuat di link di bawah ini.- Semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela
- Semakan Penempatan Pelatih (Tarikh semakan akan dikemaskini jangkaan pada tahun 2018)
- Pelajar yang telah menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) mengenai penempatan kem, kumpulan dan tarikh lapor diri. Pelatih dimohon untuk membuka semakan semula di applikasi semakan bagi tujuan pengesahan.
Semakan SMS
- SEMAKAN PENEMPATAN PELATIH
Taip: PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
* Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20
Tarikh Latihan PLKN Siri 15/ 2018
Berikut dikongsikan tarikh penting dan tempoh masa latihan PLKN Siri 15/ 2018 mengikut kumpulan :-- Kumpulan 1 : Akan dikemaskini
- Kumpulan 2 : Akan dikemaskini
- Kumpulan 3 : Akan dikemaskini
PLKN SIRI 14/ 2017
13 Julai 2017 - PERHATIAN KEPADA BAKAL PELATIH PLKN KUMPULAN 2 SIRI 14/2017 **
- Dimaklumkan terdapat PERTUKARAN PENEMPATAN PELATIH dan PERUBAHAN TARIKH PERGERAKAN MASUK Pelatih bagi beberapa tempat berkumpul di Negeri PERLIS, PERAK, NEGERI SEMBILAN, TERENGGANU dan SARAWAK seperti di Jadual berikut:
Tarikh Latihan 14/ 2017
Berikut dikongsikan tarikh penting dan tempoh masa latihan PLKN Siri 14/ 2017 mengikut kumpulan :-- Kumpulan 1 18 Mac sehingga 16 Mei 2017
- Kumpulan 2 : 15 Julai sehingga 12 September 2017
- Kumpulan 3 : 30 September sehingga 28 November 2017
Cara Hubungi JLKN
Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN 2018, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di bawah ini atau No. Tel. Call Centre 03-4027 4747 atau 03-4027 4227 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Juga boleh layari Facebook PLKN 2.0 untuk maklumat lanjut.http://www.khidmatnegara.gov.my/Semoga informasi berkenaan dengan Semakan PLKN 2018 Online SMS iaitu semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela Dan Penempatan Pelatih bermanfaat buat calon.