Permohonan Online Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP 2018. Berita baik buat pelajar UPSR 2017 terutama anak-anak Wilayah Persekutuan. Dikongsikan dari FB SMISTA, adalah dimaklumkan yang Permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA) 2018 akan dibuka secara online.
Tarikh permohonan secara online adalah dari 15 November hingga 26 November 2017. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan SMISTA MAIWP sesi ambilan tahun 2018 untuk panduan para pemohon.
SMISTA -MAIWP
D/A Masjid Saidina Othman Ibn Affan
Jalan Budiman
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel : 03-9171 1005
Faks : 03-9171 1499
Selamat membuat Permohonan SMISTA MAIWP 2018 Tingkatan 1 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP untuk tahun 2018.
Tarikh permohonan secara online adalah dari 15 November hingga 26 November 2017. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan SMISTA MAIWP sesi ambilan tahun 2018 untuk panduan para pemohon.
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) 2018 Online
Berikut dikongsikan panduan dan maklumat permohonan kemasukan ke SMISTA tahun 2018. Maklumat dikongsikan termasuk syarat permohonan, applikasi permohonan dan cara hubungi.Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Pendaftaran dibuka bermula dari 15 November sehingga 26 November 2017
- Keutamaan diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada anak-anak yang dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan
- Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, Tilawah dan Hafazan
Syarat Akademik
- Kelayakan minima 5A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017. Bagi anak-anak asnaf, kelayakan minima adalah 3A 3B.
- Mendapat 5A / MUMTAZ dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA/ PSRA) 2017 atau yang setara dengannya.
- Bagi anak asnaf penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum adalah sekurang-kurangnya UPSR 3A, 3B atau 3A/ Jayyid Jiddah dalam UPSR/ PSRA atau setara dengannya
Cara Memohon
- Applikasi Permohonan : Klik MAIWP SMAM. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun anaknya sendiri sebelum membuat permohonan ke Tingkatan 1
- Menghantar borang yang telah lengkap diisi dan dikemaskini sebelum atau pada hari Ahad, 26 November 2017
- Menghadiri temuduga bagi yang layak
- Hanya permohnan atas talian yang lengkap sahaja akan diproses
- Pendaftaran Baru : DAFTAR MASUK
- Soalan Lazim : FAQ
Nota
Ibu Bapa perlu mengemaskini keputusan UPSR dan UPSRA/PSRA/SETARAF selepas keputusan diumumkan. Butang penghantaran permohonan online hanya akan diaktifkan selepas keputusan UPSR diumumkan.Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-SMISTA -MAIWP
D/A Masjid Saidina Othman Ibn Affan
Jalan Budiman
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel : 03-9171 1005
Faks : 03-9171 1499
Selamat membuat Permohonan SMISTA MAIWP 2018 Tingkatan 1 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP untuk tahun 2018.