Cara Daftar Peperiksaan MUET Sesi Mac 2018 Online. Perhatian buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1 atau Mac 2018. Adalah diingatkan, calon adalah di nasihatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET awal dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET Mac 2018 secara online.Permohonan yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Dibawah ini dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran MUET sesi Mac 2018 beserta tarikh penting peperiksaan.
* Sebarang perbuahan akan dikongsikan dari masa kesemasa
Semoga panduanBorang Pendaftaran MUET Sesi Mac 2018 Online ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau pertanyaan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini.
Borang Pendaftaran MUET Mac 2018 (Sesi 1) Online
Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2018 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tarikh pendaftaran MUET sesi Mac 2018 adalah seperti ketetapan berikut:-Sesi 1 (Mac)
- TARIKH PENDAFTARAN DI BUKA : 1 NOVEMBER 2017
- TARIKH PENDAFTARAN DI TUTUP : 10 JANUARI 2018
- UJIAN SPEAKING : 27 DAN 28 FEBRUARI 2018 dan 1, 5, 6, 7 MAC 2018
- TARIKH UJIAN BERTULIS 10 MAC 2018
- Tarikh penting dan cara mendaftar peperiksaan MUET sesi Julai, anda boleh merujuk diMUET Julai 2017
Nota
PENGUMUMAN PENTING: MUET SESI MAC PADA KEBIASAANNYA ADALAH MUET TERAKHIR YANG BOLEH DITERIMA BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA (KEMASUKAN SEPTEMBER).
Cara Membuat Pendaftaran
Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Mac 2018 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET Sesi Mac 2018 Online di laman sesawang MPM di- eSubmission MPM online
- * Nota - Manual Pengguna Pendaftaran MUET Calon Persendirian klikMPMatau di Panduan Pendaftaran
- Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
- PERINGATAN : Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.
Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2018
Sebagai rujukan, berikut dikongsikan juga kalendar MUET 2018 untuk panduan tarikh penting pendaftaran dan ujian sesi lain Julai dan November.
Semoga panduanBorang Pendaftaran MUET Sesi Mac 2018 Online ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau pertanyaan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini.