Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728

Keputusan Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017)

$
0
0
Keputusan Rasmi Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017). Anugerah Skrin (ASK) 2017 edisi ke 21 kembali lagi menemui peminat hiburan di Malaysia pada hari Jumaat, 3 November 2017. ASK 2017 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 900 malam dan akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda di TV3. Anugerah Skrin merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan. 

Tahun ini, ASK 2017 telah memilih tema ‘Mencipta Fenomena' yang merupakan tema yang tepat dalam usaha memartabatkan pengorbanan semua penggiat seni tidak kira di hadapan atau di belakang tabir. 


Keputusan pemenang ask 2017

Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) - Keputusan Pemenang

Berikut dikongsikan maklumat Anugerah Skrin 2017 termasuk hos, tarikh, persembahan dan keputusan senarai pemenang
  1. Tarikh/ Masa : Jumaat, 3 November 2017 (900 malam)
  2. Jumlah Kategori : 33 kategori termasuk Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Filem Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik. pemenang 13 kategori akan diumumkan pada sebelah petang hari berlangsungnya kemuncak ASK 2017
  3. Hos : Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk Balas
  4. Barisan Penyampai Anugerah : Antaranya adalah Fattah Amin, Nabila Huda, Neelofa, Raja Illya, Rozita Che Wan, Shukri Yahya dan Zul Ariffin 
  5. Persembahan : Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak, Black dan Jaclyn Victor
  6. Penaja utama : Olay; penaja bersama Oppo dan rakan penaja McCafé

Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin 2017

Berikut dikongsikan senarai anugerah yang dipertandingkan dan terbahagi kepada 2 iaitu majlis prelude ASK dan malam kemuncak ASK 2017.

Majlis Prelude ASK 2017

  1. Videografi Drama Terbaik
  2. Penyunting Drama Terbaik
  3. Drama Rantaian Popular Media Sosial
  4. Rancangan Dokumentari Terbaik
  5. Rancangan Bual Bicara Terbaik
  6. Laporan Khas Berita Terbaik
  7. Videografi Filem Terbaik
  8. Rancangan Hiburan Terbaik
  9. Suntingan Filem Terbaik
  10. Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung
  11. Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung
  12. Reka Bentuk Set Terbaik
  13. Montaj Terbaik

Anugerah Yang Dipertandingkan Pada Malam Kemuncak ASK 2017

  1. Drama Terbaik
  2. Pengarah Terbaik Drama
  3. Lakon TV Terbaik
  4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
  5. Pelakon Wanita Terbaik Drama
  6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
  7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
  8. Drama Rantaian Terbaik
  9. Pelakon Komedi Terbaik
  10. Drama Komedi Terbaik
  11. Rancangan Majalah Terbaik
  12. Rancangan Realiti Terbaik
  13. Rancangan Anugerah Terbaik
  14. Filem Terbaik
  15. Lakon Layar Terbaik
  16. Pengarah Terbaik Filem
  17. Pelakon Wanita Terbaik Filem
  18. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
  19. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
  20. Pelakon Pembantu WanitaTerbaik Filem
Nota : Keputusan senarai pemenang Anugerah Skrin 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Tahniah kepada para pemenang Anugerah Skrin (ASK) 2017.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1728