Tarikh Awal Muharram 1439H Bersamaan Dengan Tahun 2017 Masehi. Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah? Berikut adalah tarikh dan tema Awal Muharam atau Maal Hijrah Tahun 2017 - 1439 Hijrah. 1 Muharram 1439H akan jatuh pada 22 September 2017 iaitu Hari Jumaat yang merupakan cuti umum kepada rakyat Malaysia.
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Tarikh Maal Hijrah 2017 Malaysia 1439 Hijrah
Berikut dikongsikan maklumat penting sambutan Maal Hijrah 2017 bersamaan dengan 1439 Hijrah di Malaysia :-- Hari Jumaat, 22September 2017
- Sambutan Peringkat Kebangsaan di (Akan dikemaskini). Tahun 2016 di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor
- Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan : (Akan dikemaskini). Tahun 20176 - Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim - Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Anugerah Khas Maal Hijrah 2017 : (Akan dikemaskini). Tahun 2016 - Allahyarham Datuk Dr Haron Din
TEMA MAAL HIJRAH 2017
Untuk tahun 2017, tema Maal Hijrah adalah (Akan dikemaskini)
- Tema Tahun 2016 - "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
Tema yang dipilih adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara Malaysia.
Seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan.
"Natijahnya ukhuwah Islamiah yang terbina berasaskan kepada iman dan taqwa akan menumbuhkanrasa persaudaraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa, agama dan fahaman politik.
Seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan.
Berikut adalah tema Maal Hijrah sebelum ini :-
- Tema Tahun 2015 - "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
- Tema Tahun 2014 - "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
- Tema Tahun 2013 -'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah
Sempena dengan kedatangan tahun baru Islam 1438 Hijrah, berikut dikongsikan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah Dalam Rumi sebagai panduan kepada umat Islam semua. Anda boleh merujuk kepada Kalendar Islam untuk tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai rujukan dan panduan.- Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
- Manakala Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Panduan Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah klik SINI
BULAN MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Selamat menyambut Tahun Baru Islam. Salam Maal Hijrah 2017 / 1438H.
Selamat menyambut Tahun Baru Islam. Salam Maal Hijrah 2017 / 1438H.