Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS : Hari Kebangsaan Dan Aidiladha 2017. Seperti biasa, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ada mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya PLUS untuk musim perayaan dan cuti panjang. Tidak terkecuali untuk sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha dan Hari Kebangsaan 2017. Berikut dikongsikan Jadual TTA PLUS Hari Raya Aidiladha Dan Merdeka 2017 untuk panduan dan rujukan para pengguna lebuhraya Utara-Selatan.
Selain Jadual Perjalanan (TTA) yang bertujuan mengagihkan trafik, PLUS juga ada menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus sepanjang hari selama 2 hari iaitu pada 29 Ogos dan 4 September 2017. Rebat diberikan adalah untuk menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS.
TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim cuti dan perayaan yang lalu. Jadual tersebut berperanan mengelakkan orang ramai daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepada kesesakan.
Selamat bercuti buat semua. Ikuti TTA PLUS Hari Raya Aidiladha Dan Merdeka 2017 untuk perjalanan ke lokasi yang lebih selesa.
Selain Jadual Perjalanan (TTA) yang bertujuan mengagihkan trafik, PLUS juga ada menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus sepanjang hari selama 2 hari iaitu pada 29 Ogos dan 4 September 2017. Rebat diberikan adalah untuk menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS.
Jadual TTA PLUS Hari Raya Aidiladha Dan Merdeka 2017
Berikut dikongsikan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya PLUS (TTA) untuk Hari Kebangsaan dan Perayaan Hari Raya Aidiladha tahun 2017. TTA adalah untuk perjalanan di PLUS Highway dari 25 Ogos sehingga 4 September 2017.A. Perjalanan Dari Lembah Kelang Ke
- Perlis, Penang, Perak (Utara), Kedah dan Johor : Sebelum jam 1000 pagi
- Lain-Lain Negeri : Selepas jam 1000 pagi
B. Perjalanan Dari Perlis, Penang, Perak (Utara), Kedah dan Johor Ke
- Lembah Kelang : Sebelum 1000 pagi
C. Perjalanan Dari Lain-Lain Negeri Ke Lembah Kelang
- Selepas Jam 1000 pagi
Selamat bercuti buat semua. Ikuti TTA PLUS Hari Raya Aidiladha Dan Merdeka 2017 untuk perjalanan ke lokasi yang lebih selesa.