Jadual Waktu Peperiksaan UPKK Tahun 2016. Makluman kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berada di Tahun 5. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan UPKK 2016 atau secara penuhnya Jadual Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Jadual yang dikongsikan dari FB Bahagian Kemajuan Islam - BKI ini adalah selaras di seluruh Malaysia.
Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2016 yang dipetik dari FB BKI JAKIM.
Kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK 2016, diucapkan semoga anda berjaya dengan cemerlang. Keputusan peperiksaan UPKK tahun lepas telah diumumkan pada 15 Januari 2016.
Jadual Peperiksaan UPKK 2016
Untuk makluman ibu bapa, UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2016 yang dipetik dari FB BKI JAKIM.
ISNIN : 10 Oktober 2016
- 2.30 - 4.30 petang: Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
SELASA : 11 Oktober 2016
- 2.15 - 3.45 petang: Sirah
- 4.00 - 5.30 petang: Jawi dan Khat
RABU : 12 Oktober 2016
- 2.30 - 4.00 petang: Adab I
- 4.15 - 5.15 petang: Adab II
KHAMIS : 13 Oktober 2016
- 2.30 - 4.30 petang: Lughatul Quran
Kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK 2016, diucapkan semoga anda berjaya dengan cemerlang. Keputusan peperiksaan UPKK tahun lepas telah diumumkan pada 15 Januari 2016.